Ahli sufi dan ulama terkenal, Abu Ishak Ibrahim al-Hurawi pernah berpesan, jika seseorang ingin doanya mudah diterima oleh Allah SWT supaya berjanji kepada diri sendiri untuk melaksanakan lima perkara berikut:
- Mengawal makan dengan memakan sekadar perlu sahaja.
- Memakai pakaian yang perlu sahaja dan tidak berlebihan.
- Mengawal tidur, dengan tidak tidur secara berlebihan.
- Mengawal percakapan dengan perkara yang baik-baik sahaja.
- Selalu merendah diri, menjaga dan memelihara hawa nafsu, pancaindera dan anggota badan daripada terjerumus kepada perbuatan dosa.













