Friday, 6 November 2015

Nasi Serai II




Sedang memikirkan apakah nak di sajikan untuk para tetamu hujung minggu ni? Apa kata kita cari suatu kelainan. 

Kalau terasa nak kan kelainan, cuba olah kelainan. Apa kata kita buat nasi serai.. pasti menarik kan..? 




NASI SERAI

Resepi Oleh : Lily
Rujukan : Risik Resepi

4 cawan beras basmathi ~ rendam dlm 1/2 jam sebelum masak
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 labu bawang holland ~ dadukan atau mayang halus
4 ulas bawang putih ~ di ketuk atau di hiris
1cm halia ~ tumbuk halus, ketuk atau hiris nipis

2 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ di ketuk
2 kiub pati ayam
garam secukup rasa

Air secukupnya
1 sudu minyak sapi
2 sudu besar minyak jagung
50g kacang gajus dan kismis ~ yang ni optional nak letak boleh tak letak pun boleh


Masak terus nasi ni dalam periuk nasi
Panaskan periuk nasi, masukkan minyak jagung dan minyak sapi
Bila dah panas, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik harum baunya
Kemudian kita tumiskan bawang, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Tambahkan air dan susu cair
Kemudian masukkan kuib ayam dan garam secukup rasa
Akhir sekali barulah kita masukkan beras
Tutup periuk nasi dan tanaklah nasi seperti biasa.
Bila nasi separuh masak, masukkan kismis dan gajus
Kacau dengan copstik , supaya nasi tak patah dan hancur
Tutup semua dan tanak hingga masak

Bila dah masak boleh lah di hidangkan dengan lauk-pauk kegemaran yang di rasakan sesuai, seperti rendang ke.. ayam masak merah ke.. sambal tumis ke.. atau apa-apa lah yang sedap!

Boleh lawankan dengan ikan sambal, pencuk dan udang butter.

No comments :

Post a Comment