Sudah sebulan diet, namun hasilnya langsung tidak membuahkan apa-apa kesan. Dimanakah silapnya? Apakah puncanya?
Jom semak senarai di bawah dan cari di manakah silap kamu ketika mengamalkan gaya hidup diet.
Gula
Sebenarnya kita langsung tidak menyedari bahawa makanan manis seperti pasta, sup, sereal, salad dan sos mengandung gula dan juga bahan pemanis seperti sari tebu, buah, glukosa, dekstrosa, sukrosa dan madu. Jika kamu mengambilnya dalam jumlah yang tinggi, kamu akan kehilangan nutrisi penting daripada makanan dan akan kehilangan nutrisi penting daripada makanan dan membuatkan selera makan kamu semakin bertambah.
Makanan Olahan
Makanan olahan yang berlabel 'rendah gula', 'rendah sodium, 'kaya vitamin' atau 'kaya serat' mungkin tinggi kalori atau mengandungi pemanis dan pewarna yang tidak sihat. Beralihlah kepada makanan segar yang boleh dimasak sendiri di rumah seperti ikan dan kacang-kacangan untuk membatasi konsumsi makanan olahan.
Persekitaran
Warna ruangan, jumlah pencahayaan dan kegiatan seperti mendengarkan musik atau menonton televisyen dapat mempengaruhi nafsu makan kamu. Warna-warna hangat seperti merah dan kuning dapat merangsang nafsu makan sementara warna-warna dingin seperti biru dan hijau menekannya. Aktiviti mendengar musik, menonton televisyen atau membaca pula dapat meningkatkan keinginan kamu untuk makan.
Makanan Ringan
Jika kamu penggemar makanan ringan, awas! Kamu telah menambahkan 400 atau lebih banyak kalori tanpa menyedarinya. Atasi kebiasaan makan makanan ringan yang tidak sihat dengan memilih kudapan yang tidak tinggi kalori dan tidak mengandung lemak trans.
Malas Berolahraga
Untuk membakar 100 gram kalori lemak, kamu perlu mempertahankan aktiviti aerobik selama satu jam. Jika kamu tidak serius dan konsisten ketika berolahraga, hasilnya pasti tidak akan ada pengaruh terhadap usaha penurunan berat badan yang kamu lakukan.
Jangan Lewatkan Sarapan Pagi
Banyak kajian menunjukkan bahawa orang yang rajin sarapan akan lebih muda menurunkan dan mempertahankan berat badan berbanding orang yang melewatkan sarapannya. Biasakan untuk sarapan sihat setiap pagi dengan memenuhi kombinasi protein, karbohidrat dan juga lemak.
Abaikan Serat Pemakanan
Makanan yang kaya dengan serat baik untuk penurunan berat badan kerana dapat membantu tubuh mengalami pembakaran kalori selama proses pencernaan makanan. Pastikan kamu mengambil serat seanyak 30 gram sehari dalam pemakanan harian. Sumber serat yang baik termasuk buah-buahan, sayur-sayuran serta kekacang.
Tambah Perasa
Mayones, sos tomato dan sos salad yang kamu tambahkan dalam makanan memang menyelerakan makanan tersebut. Tapi, tahukah kamu bahawa perasa tersebut mampu menambah kalori dan bayangkan satu senduk makan mayones, sebahagian besar terdiri dari lemak dan mengandung 132 gram kalori.
No comments :
Post a Comment