Sebuah tulisan di laman web pro perdana
menteri, MYKMU, mendakwa taikun-taikun perniagaan yang rapat
dengan Tun Mahathir Mohamad telah menyumbang hampir RM1 bilion kepada
pembangkang sejak 2008.
Tulisan
utama itu membangkitkan persoalan sama ada benar atau tidak ahli
perniagaan Tan Sri Vincent Tan menyumbang hampir RM 400 juta kepada
Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013.
Penulis itu, Amin Yatim, juga mendakwa “beberapa ratus juta”
disumbangkan oleh syarikat YTL, Tan Sri Syed Mokhtar Syed Nor Al-Bukhary
dan tokoh-tokoh perniagaan lain.
Justeru, tulisan itu menyatakan kekecewaan mereka terhadap Mahathir
yang memilih menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang
menerima dana RM2.6 bilion daripada penderma.
“Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja
berhabis-habisan untuk kemenangan BN tetapi memejamkan mata tindakan
kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013,”
kata Amir.