
Pencuk, Jelatah, Acar timun nenas atau acar cuka adalah nama bagi makanan yang sama. Mungkin lain daerah lain gelarannya.
Kaedah membuat Acar cuka sangat mudah kerana ianya tidak perlu di masak. Acar cuka ni tak tahan lama, ia cepat rosak kerana timun dan nenas tu mudah berair dan membuatkan ia tidak tahan lama . Jika di buat untuk sekali makan sahaja dan bukan untuk di simpan berhari-hari di dalam peti ais.
Selain timun, nenas dan lobak, ada juga meletakkan kobos yang di hiris nipis. Tak kiralah kobis putih, atau kobis unggu.
Ada sesetengah orang menaburkan sedikit bijan yang telah di sangai atau kacang tanah yang telah di goreng dan di tumbuk.
Pencuk atau acar timun ini biasanya enak di makan bersama nasi minyak, nasi tomato, nasi bukhari, nasi beriani atau nasi-nasi yang sewaktu dengannya. lauk yang serasi bersamanya kebiasannya lauk ayam masak merah, memang sesuai sangan lah gandingan pasangan berdua ini.


