Kadangkala ada di antara kita membeli sesuatu barang atau produk dengan harga mahal. Kemudian selepas dipakai, mahu menjualnya dan pasti nilai harga menjadi rendah.
Mungkin merugikan, tetapi apa boleh buat itu cara terbaik kumpul wang untuk membeli barang idaman yang baru. Remaja berikan tip menjual barangan terpakai untuk tambah pulangan wang kamu.
Pastikan barang dijual masih elok
Seelok-eloknya barang yang hendak dijual haruslah berada dalam keadaan baik meskipun barang tersebut dijual dengan harga murah. Ini kerana, selalunya pembeli akan lebih mementingkan kualiti barang sebelum melihat harga yang ditawarkan.
Jangan jual mahal
Biarpun barangan yang kamu beli mencecah ribuan ringgit, jangan sesekali menjual balik selepas dipakai agak mahal dengan alasan barang yang kamu beli masih baru. Pembeli tidak akan menghabiskan duit begitu banyak hanya untuk beli barang terpakai. Baik beli barang original sahaja.
Pakaian Vintage
Jika barang yang kamu jual itu berupa beg atau pakaian, pastikan barangan tersebut masih boleh dipakai pada bila-bila masa. Biasanya barang yang diiklankan memerlukan masa yang agak lama sebelum ada pembeli. Sentiasalah bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan lain jika ada barang terpakai yang ingin dijual.
Iklan di laman sesawang dan blog
Semuanya mudah di hujung jari. Kalau boleh iklankan semua barangan terpakai yang hendak dijual di laman sesawang dan blog yang kamu ada. Buka akaun Facebook atau blog khas untuk menjual barang-barang terpakai. Tetapi rajin-rajinlah menyemak atau tambah rakan-rakan untuk memberitahu barang terpakai yang kamu ada. Kalau boleh buat jaringan di antara mereka melalui mulut ke mulut.
Menjual sambil beramal
Ada sesetengah kedai tertentu menjual barangan terpakai dengan harga murah. Selain ke kedai jual barang terpakai, mungkin kamu boleh sertai mana-mana acara kebajikan menjual barangan yang kamu ada dengan harga sederhana murah dan selebihnya diagihkan kepada yang memerlukan. Manalah tahu rezeki kamu bertambah.
Car boot sale/Pasar Karat
Tak tahu di mana nak jual barangan kamu? Maka car boot sale atau pasar karat adalah pilihan yang terbaik. Yang best, sewa tapak untuk kamu berniaga bermula serendah RM10. Malah, kebiasannya pengunjung pun ramai ke spot-spot ini untuk mencari barang rare.
KETAHUI KEBAIKANNYA
• Mengelakkan pembaziran
• Dapat duit tambahan
• Berpeluang bertukar-tukar idea dengan pelanggan
• Tahu perkembangan semasa
• Bebas masalah kewangan
• Kepuasan untuk membeli barang kehendak
• Potensi pendapatan tidak terhad
• Membantu mereka golongan susah (jualan amal)
No comments :
Post a Comment