Pencuk, Jelatah, Acar timun nenas atau acar cuka adalah nama bagi makanan yang sama. Mungkin lain daerah lain gelarannya.
Kaedah membuat Acar cuka sangat mudah kerana ianya tidak perlu di masak. Acar cuka ni tak tahan lama, ia cepat rosak kerana timun dan nenas tu mudah berair dan membuatkan ia tidak tahan lama . Jika di buat untuk sekali makan sahaja dan bukan untuk di simpan berhari-hari di dalam peti ais.
Selain timun, nenas dan lobak, ada juga meletakkan kobos yang di hiris nipis. Tak kiralah kobis putih, atau kobis unggu.
Ada sesetengah orang menaburkan sedikit bijan yang telah di sangai atau kacang tanah yang telah di goreng dan di tumbuk.
Pencuk atau acar timun ini biasanya enak di makan bersama nasi minyak, nasi tomato, nasi bukhari, nasi beriani atau nasi-nasi yang sewaktu dengannya. lauk yang serasi bersamanya kebiasannya lauk ayam masak merah, memang sesuai sangan lah gandingan pasangan berdua ini.
Jom kita intai, kaedah penyediaan pencuk, atau jelatah atau acar timun nenas atau acar cuka yang mudah!
PENCUK / JELATAH / ACAR TIMUN NENAS / ACAR CUKA
2 biji timun ~ buang kulit dan belah 4 kemudian potong kecil
1 biji nenas ~ buang kulit, belah lapan dan potong kecil
1 batang lobak merah ~ sagat halus memanjang / potong mancis
4 biji cili padi ~ di hiris
1 batang cili hijau ~ potong mancis
2 labu bawang besar ~ di hiris
10 camca besar cuka
100 gm kacang tanah ~ di goreng dan di tumbuk kasar ( jika suka)
1 sudu besar bijan ~ di sangai tanpa minyak ( jika suka)
garam dan gula secukup rasa
Satukan nenas dan timun di dalam mangkuk besar
Masukkan lobak merah, cili padi dan cili hijau
Tambahkan cuka masakan.
Gaul semua bahan rata
Perasakan dengan garam dan gula
Hidangkan di dalam pinggan
Taburkan kacang tanah dan bijan sebagai hiasan
No comments :
Post a Comment