"Usianya 35 tahun, pernah berkahwin. Agak berisi sedikit orangnya dan menariknya, dia juga asal dari Johor. Kami berjumpa masa saya membuat persembahan di Kulai Jaya. Tanpa disedari, cintaku berputik dan awal 2015, saya sudah melamar dia. Seronok!" demikian kata Jaafar Onn yang memilih seorang janda sebagai peneman hidupnya.
Jaafar yang hampir 28 tahun hidup bersendirian itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama dan wajah wanita yang bakal dikahwini itu kerana mahu memberi kejutan pada hari perkahwinannya nanti pada awal tahun hadapan.





