Satu lagi resepi yang anda harus cuba, Rendang Ayam dengan Nangka Muda , sedapnya sampai menjilat jari.. memang yummy sangat!
Anda pun boleh cuba, membuatnya pun mudah bahan pun yang simple-simple.. sesekali cuba kelainan pasti syok habis..
RENDANG AYAM NANGKA MUDA
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Lauk Pauk Tradisi
1 ekor ayam kampung ~ ayam bandar pun ok! potong dan cuci bersih
Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng 1/2 masak.
Kalau tak nak goreng pun boleh
400 gm nangka muda ~ potong , cuci dan rebus sampai empuk
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
4 kuntum cengkih
4 biji bawang besar ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
5 batang serai ~ 2 kisar 3 lagi di ketuk
2 inc halia ~ dikisar
1 inc lengkuas ~ kisar
2 inc kunyit hidup ~ dikisar
5 helai daun limau purut ~ di siat-siat
2 helai daun kunyit ~ di mayang halus
3 camca besar serbuk kari daging Babas
2 camca besar serbuk cili atau boleh guna cili kering 10 batang rendam dan kisar
500 ml santan pekat
3 camca besar kerisik
1 liter air kelapa
1 buku gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
Ayam boleh di masak terus atau goreng. Ikut selera masing masing.
Masukkan air kelapa. ayam kampung, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang cengkih serbuk kari daging dan serbuk cili ke dalam kuali.
Renihkan sehingga ayam empuk
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai
masak hingga mendidih
masukkan santan pekat, gula melaka, kerisik, dan nangka muda
Masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masak hingga kuah pekat
Sedia di hidangkan
No comments :
Post a Comment