Sikap pasangan merupakan perkara yang paling penting sebagai penentu kebahagian.
Ramai berpendapat ciri-ciri perkahwinan sempurna ialah pasangan merasai mencapai matlamat perkahwinan yang diingini sebelumnya.
Rumahtangga aman dan damai, saling hormat-menghormati, sayang- menyayangi, saling memahami dan bertanggungjawab, hidup berlandaskan ajaran agama, ekonomi yang kukuh dan mempunyai anak.
Ciri-ciri perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat hari ini:
- Pasangan saling memahami dan bertolak ansur.
- Selalu sahaja mendapat perhatian daripada pasangan masing-masing.
- Suami dapat memberikan bimbingan terhadap isteri dan begitu jugalah
- sebaliknya.
- Bertimbang rasa.
- Kepuasan batin.
- Saling hormat-menghormati.
- Merasa selamat dan dilindungi.
- Sama-sama menerima belaian kasih sayang yang mencukupi.
- Sabar dan pemaaf.
- Hubungan baik dengan keluarga mertua.
- Tinggal di kediaman yang selesa.
- Ekonomi rumahtangga yang kukuh.
- Mempunyai kenderaan yang sesuai.
- Keadaan persekitaran yang baik sebagai contoh mempunyai jiran
- tetangga yang baik.
Hubungan seksual
Ramai yang beranggapan hubungan seksual adalah penting dalam sesebuah rumahtangga, tidak kurang juga yang beranggapan seks sangat penting untuk mengeratkan hubungan suami isteri.
Walau apapun, jangan jadikan seks sebagai satu beban.
Apa yang paling diharapkan oleh pasangan yang berkahwin ialah:
a. Saling hormat-menghormatib. Kucupan sayang setiap hari, terutama di waktu pergi dan balik
kerja.c. Menunjukkan sikap dan perasaan sayang terhadap pasangan sepanjang
masa.d. Berikan hadiah pada tarikh yang dianggap istimewa oleh pasangan.e. Sabar dan berlemah lembut ketika di ranjang.f. Sentiasa kelihatan menarik dan berbau harum.
Bagaimanpun, setiap pasangan perlu tahu bahawa perkara-perkara kecil yang dianggap remeh boleh menjadi pengerat hubungan. Contohnya, sering mengambil tahu kegiatan seharian pasangan dan berkomunikasilah dengan cara yang menyenangkannya.
Jika anda ingin melakukan sesuatu perkara jangan lupa mendapatkan pandangan, nasihat dan pendapat pasangan anda. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa anda sangat-sangat menghargainya.
Sediakan makanan dan minuman pasangan tanpa perlu disuruh. Pandai- pandailah mengambil hati pasangan anda. Selain itu, tunggulah pasangan anda pulang dengan senyuman kerana ia akan mengubat kepenatannya setelah penat bekerja.
No comments :
Post a Comment