Perdana Menteri Britain David Cameron bercakap di depan tetamu pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar Reuters |
Perdana Menteri Britain David Cameron yang mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak semalam meminta perdana menteri Malaysia itu menyelesaikan masalah kerajaan seperti skandal rasuah, lapor akhbar United Kingdom (UK), The Telegraph.
Cameron mengadakan perbincangan panjang dengan Najib dalam lawatannya bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan sempat menggesa Putrajaya memberikan rawatan sewajarnya kepada pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat, lapor akhbar berkenaan.