
Tengah layan Facebook, Twitter & Instagram. Sambil tu sempat lagi menyelit belek-belek blog. Kebetulan nampak satu gambar ni. Di Facebook. Tak ada apa yang luar biasa. Selalu sangat nampak muka ni. Walaupun bukan live. Adi Putra. Tambah sekarang ni, Teduhan Kasih tengah meletop di Akasia TV3. Makin panaslah nama Adi Putra aka Papa Ehsan tu. Apatah lagi Sehangat Asmara pun baru sahaja berlalu tak berapa lama dulu. Lebih menarik tak lama lagi Adi Putra akan jadi Ustaz Hafiz. Jadi ustaz dalam filem adaptasi novel Suami Aku Ustaz. Adaptasi lagi!