Tengah layan Facebook, Twitter & Instagram. Sambil tu sempat lagi menyelit belek-belek blog. Kebetulan nampak satu gambar ni. Di Facebook. Tak ada apa yang luar biasa. Selalu sangat nampak muka ni. Walaupun bukan live. Adi Putra. Tambah sekarang ni, Teduhan Kasih tengah meletop di Akasia TV3. Makin panaslah nama Adi Putra aka Papa Ehsan tu. Apatah lagi Sehangat Asmara pun baru sahaja berlalu tak berapa lama dulu. Lebih menarik tak lama lagi Adi Putra akan jadi Ustaz Hafiz. Jadi ustaz dalam filem adaptasi novel Suami Aku Ustaz. Adaptasi lagi!
Tengok sekali tak rasa apa-apa. Kali kedua tengok sambil baca komen-komen yang ditulis, nak tergelak pun ada. Ya, la. Masing-masing teruja sangat tengok gambar Adi Putra tu. Perempuan la, of course! Kalau lelaki, lain pula kisahnya! Dan nampak la satu komen, kata pengomen tu, kalau beginilah muka ustaz yang mengajar, for sure memang tiap-tiap hari akan ke sekolah. Tak adanya nak ponteng. Baguslah kan kalau tak ponteng. Tapi aku rasa, kalau niat pergi sekolah semata-mata nak tatap wajah cikgu handsome, mesti apa yang diajar tu masuk telinga kanan belum tentu simpan dekat kepala.
Habis nak kata apa lagi kan? Cuba bayangkan, Adi Putra tengah mengajar depan kelas, then buda-budak perempuan semua duduk diam-diam, control ayu. Tangan dua-dua atas meja menahan dagu. Kepala senget sebelah. Sambil-sambil tu mesti mata tu berkedip-kedip. Hahaha. Kelakar betul. Yang student lelaki mesti buat muka bosan, sebab kawan-kawan perempuan over excited bila Ustaz Adi Putra masuk kelas. Hahaha...Dahsyat betul, imaginasi aku kan...
No comments :
Post a Comment