Acar Rampai, sudah sinonim bagi masyarakat Johor. Acar Rampai kerap di sediakan terutamanya di majlis perkhawinan.
Nampak macam sedap aje bila tengok acar seri rampai dalam buku Santapan Lauk-pauk Tradisi. Didalam resepi ni ada di letakkan bijan yang perlu di sangai, tapi kami tak letak sebab bijan kehabisan.. tapi tak apa.. tak ada bijan tak menjadikan alasan untuk kita tidak mahu mencuba.. lagipun ianya tidak sedikit pun menjejaskan kesedapan Acar Seri Rampai ini.
Memang sangat sedap! kalau anda teringin nak mencuba.. kami kongsikan resepinya di sini, sebagai rujukan kawan-kawan yang nak mencuba
ACAR SERI RAMPAI
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Lauk-pauk Tradisi
Bahan A
2 Camca besar Halba Campur ~ jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
5 tangkai cili kering ~ dikisar
2 biji tomato ~ dikisar ( ita potong baji aje )
1 camca kecil serbuk kunyit
2 camca besar rempah kari Babas
3 camca besar cuka
1 ketul gula Melaka
300 ml air
100 ml minyak masak
garam secukup rasa
Bahan B
5 ulas bawang putih ~ belah 2
10 ulas bawang merah ~ hiris kasar
2 inc halia ~ hiris halus
15 tangkai cili padi ( boleh kurangkan )
2 biji timun ~ ambil bahagian luar sahaja, bahagian tengah buang, potong mancis
2 batang lobak ~ potong mancis
50 gm bijan ~ di sangai ( jika suka)
Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga harum dan pecah minyak
Tambahkan cuka, air dan gula Melaka, masak hingga pekat
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul rata
Taburkan bijan
Sedia di hidangkan
No comments :
Post a Comment