Sunday, 4 October 2015

Daging Masak Lada Hitam


Menu ringkas dan simple untuk hidangan hari ini.
Menu yang mudah dan ringkas untuk hidangan makan malam.
Bila siangnya AM dah sediakan ikan, untuk makan malam AM sediakan hidangan daging pula. 

Resepi dari Pak Engku dan AM ambil dari koleksi buku resepi beliau yang AM beli iaitu Santapan Lauk Pauk Tradisi. Dalam buku ini banyak himpunan resepi tradisi yang sedap-sedap dan semuanya membuka selera. Kalau tengok buku ni pasti semua nak di cuba dan di rasa.


Tapi kali ini AM tertarik dengan resepi Daging Masak Lada Hitam. Oleh kerana banyak bahan yang tak mencukupi, AM olah lah mengikut bahan-bahan yang ada di rumah aje.. Contohnya lada bengal ita gantikan dengan kacang pea. Ita juga tambahkan daun ketumbar kerana AM amat sukakan harum baunya ketika di nikmati. Masa menumis juga AM tumiskan dahulu, rempah tumis empat sekawan supaya membangkitkan aromanya dan membuatkan ita seronok memasak di dapur.

Bagi kawan-kawan yang mungkin sedang mencari resepi yang mudah dan ringkas.. inilah resepi yang anda cari-cari...
Jom kita ke dapur...




DAGING MASAK LADA HITAM

Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Lauk Pauk Tradisi

1 kg daging
4 camca besar margerin ~ ita ganti minyak sayuran
3 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
10 tangkai cili kerang ~ rendam hingga lembut dan di kisar
1 camca besar lada hitam ~ dikisar
6 camca besar sos tiram
2 biji bawang besar ~ di hiris atau di dadu
1 biji cili bengal hijau ~ di dadu ( ita gantikan dengan kacang pea)
1 batang lobak merah di hiris kasar
2 tangkai cili merah ~ di hiris
500 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar ~ di mayang ( ita tambah)

Daging di rebus hingga empuk, kemudian di hiris sederhana tebal
Panaskan margerin atau minyak dan tumis kan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau
Kacau hingga ia pecah minyak.
Tambahkan sos tiram secukupnya.
Tambahkan air jika kuah terlalu kering
Setelah kuah mendidih, barulah masukkan hirisan daging, bawang besar, lada bengal, lobak merah, cili merah dan daun ketumbar
Akhir sekali taburkan lada hitam dan gaul rata. Masak hingga kuahnya pekat.


No comments :

Post a Comment