Pada zaman moden ini, hampir semua orang bergantung kepada Internet. Jadi, anda sendiri di kelompok yang mana?
Pengguna laman Sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Blog). Hampir semua orang mempunyai laman sosial sendiri dan paling kurang akan ke akaun dua kali sehari tetapi kebanyakannya lebih kepada mengintip status, gambar terbaru kawan atau untuk kepentingan bisnes.
Menonton video (Youtube). Muat naik video di Youtube dah jadi 'trend' masa kini. Tak dinafikan ada yang memuat naik video sendiri untuk popular dengan segera. Tapi ada juga yang manfaatkan untuk cari video klip kegemaran, dokumentari menarik dan filem pendek.
Bermain game. Bermain 'game' lebih terarah kepada komuniti awal remaja tapi jangan tak tahu, ada juga si tua belia memilih 'game' untuk segarkan otak dengan mahu mengalih perhatian daripada terus fikirkan kekusutan dan masalah harian. Ramai juga pemain 'game' tegar gunakan Internet untuk muat turun permainan terbaru masa kini.
Mencari info unik dan menarik. Fakta pelik dan menarik juga dah banyak bertebaran di internet. Ada sesetengah individu gemar mencari dan berkongsi dengan rakan lain. Selain untuk jenaka, ia juga boleh menambah pengetahuan.
Membaca berita. Maklumat terkini adalah keperluan harian. Carian akan meningkat terutama ketika tercetusnya isu hangat yang menarik keinginan seseorang untuk ambil tahu. Ada juga yang membaca sekadar untuk mengisi waktu terluang.
Melihat atau berkongsi gambar (Google, Tumblr, Instagram). Gambar biasanya dicari ketika perlu seperti waktu berkerja tetapi ada yang hanya sekadar suka-suka melihat gambar terbaru di Internet tetapi ada yang cari untuk berkongsi idea. Yang pasti, anda pernah mencari yang satu ini.
Muat turun lagu dan filem. Anda sendiri pasti pernah memuat turun lagu kegemaran dari Internet bukan? Walaupun dah banyak pihak laungkan ia ibarat tak hargai hasil titik peluh artis tetapi aktiviti ini tetap wujud. Faktor utama kerana kos pembelian cakera padat mahal. Situasi sama berlaku dengan filem. Ia lebih kepada penambahan koleksi di pemuat turun atau untuk tontotan sekali bersama rakan.
Software. Mungkin kedengaran janggal untuk mencari software di Internet kerana kita lebih memilih untuk ke kedai namun terdapat kelompok individu yang kerap mencari 'software' berguna selain turut membaca maklum balas, fungsi dan keistimewaan program itu.
Menambah ilmu. Internet bukan sekadar platform untuk keburukan, ramai orang yang menggunakannya untuk kebaikan. Biasanya, pelajar dan penuntut universiti akan mencari bahan ilmiah untuk menyelesaikan tugas mereka di sini. Tapi bukan hanya mereka saja, ramai juga yang cari maklumat berguna sebagai rujukan dan tambah pengetahuan am.
-Hmetro
No comments :
Post a Comment