Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
PENERANGAN YANG LEBIH JELAS TENTANG NIAT MANDI WAJIB.
TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA lautbiru ATAS HURAIAN ANDA.
BERIKUT ADALAH PENERANGAN BELIAU:
SECARA BASICNYA...APA YG PERLU...SELEPAS BERNIAT..AIR MESTILAH DIRATAKAN...WALAUPUN SEKALI..
Jadi....Contohnya....SEORG MANDI DULU TANPA NIAT (MANDI SUNGAILAH KATAKAN)....setengah jam! ...Dah puas mandi...Lepas tu..dah nak balik...Dia lalu berniat. mengangkat hadath besar...kemudian dia terjun sekali dalam sungai...Dan dengan sekali terjun tu dia berjaya ratakan air keseluruh anggota dia termasuk di celah celah dsbnya....walau sekali dive tu...DAH SAH PUN MANDI WAJIB DIA!
ATAU...
Dia dah basuh 1 anggota dulu sebelum berniat......
lepas tu dia berniat ...dan mandi...DAN DIA BASUH JUGA /BASUH PULAK ANGGOTA YG DIA BASUH SEBELUM NIAT TADI....SAHLAH JUGAK MANDI DIA!
YG JADI TAK SAH PULAK...
Selepas dia basuh 1 anggota sebelum berniat tadi....dan selepas berniat ...Anggota yg dia dah basuh sebelum niat tu...tak di basuh dah..
Maksudnya...hanya ada 1 basuhan sja yg berlaku...iaitu basuhan yg sebelum niat tu tadi....YG NI...BARULAH BETUL TAK SAH..
SEBENARNYA VERY SIMPLE....
p/s :...Tak ada syarat "Tertib" pun dalam mandi wajib...atau "berturut"...so...andaikan lepas mandi..kita lihat ada plastik tertempel di belakang lengan kita misalnya yg menyebabkan tak sampai air di situ...
TAK PERLU PUN MANDI SEMULA!
Cukup sekadar kita cabut plastik tu...dan basuh je tempat tu..TAK PERLU ULANG MANDI! ....selesai!...
(Sekalipun kita dah siap pakai baju & makan roti canai sekeping baru kita lakukan...SAH!....)
O.K...saya rasa/harap keterangan dlm p/s ini akan men clear kan segala kemusykilan...
Wallahu a'lam
KEMUSYKILAN-KEMUSYKILAN:
Persoalan Pertama:
ade yg mengatakan perlu mengambil wuduk dahulu
Jawapan:
Mengambil wudhu' sebelum mandi wajib adalah sunat dan menjadi amalan Rasulullah SAW. Di antara hikmahnya ialah menyegarkan badan dan mengembalikan tenaga.
Penambahan dan penerangan lanjut oleh saudara lautbiru:
MENGAMBIL WUDUQ SEBELUM MANDI WAJIB
Mengambil Wuduq sebelum daripada kita mandi wajib ini merupakan SALAH SATU DARIPADA PERKARA PERKARA YG DISUNATKAN SEBELUM MANDI..
Maksudnya....kalau kita sekadar nak mengangkat Hadath besar tu...kita perlu sempurnakan yg wajib sja...iaitu RUKUN RUKUN NYA...
Tapi...MANDI WAJIB ini ADALAH JUGA IBADAH!
Jadi...biarlah beribadah dgn sesempurna sesempurnanya...maka...perlu juga kita perhatikan perkara prkara sunatnya..yg salah satunya adalah WUDUQ SEBELUM MANDI...
O.K...secara ringkas...saya beri antara perkara perkara sunatnya iaitu..:
ANTARA SUNAT SUNAT DALAM MANDI..
1. Menghadap kiblat
2.Sunat berkumur, masuk air ke lubang hidung, hilangkan najis , yg tak najis pun (air mani yg melekat...tak najis..tapi sunat hilangkan dulu) dsbnyalah..
3. BARU KITA AMBIL WUDUQ DULU DGN SEMPURNA...
Kalau kita selepas tu tak melakukan perkara yg membatalkan wuduq...selesai mandi tu...tak perlu lagi kita ambil wuduq dah utk melakukan perkara yg memerlukan wuduq...misalnya kita terus nak sembahyang...boleh terus je..
Ada byk lagi sunat sunat mandi ni...tapi saya cuma nak sebut yg..dikatakan..MUALAT (BERTURUT TURUT)...
Yg ni yg saya kata...kalau kita nak basuh kemudian tangan kita je....sebelum tu kita dah mandi dah ...tapi...tak basuh tangan..(contoh jee..)... ..maksudnya..Tak Mualat lah...so...tak dapat lah sunat Mualat tadi..
Yg sunatnya..kita basuh berturut turut semua anggota sampai selesai...
O.K Tuan ya...Harap menjawab soalan..
p/s : "perlu mengambil wuduk dahulu..." : PERLU dlm soalan Tuan Chor ini bermaksud "SUNAT"..
Wallahu a'lam...
Persoalan Kedua:
sekiranye semasa mandi wajib itu ade menyentuh kemaluan, kene ambil wuduk selepas habis mandi wajib sekiranye kite nk sembahyang...
Jawapan:
Rujukan daripada : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7493.60
CARA MANDI HADAS YANG SEMPURNA DAN MUDAH
Soalan; macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan mengikut sunnah nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini.
Jawapan;
Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu) baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).
Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas seperti berikut;
1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya sebanyak dua atau tiga kali.
2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.
Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi, maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.
Walahu a’lam.
Rujukan : al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.
No comments :
Post a Comment