Apa-apa saja yang hawa nafsu anda tidak suka, itulah Jalan ke Syurga. Dan apa saja yang hawa nafsu anda suka, itulah Jalan ke Neraka, melainkan beberapa perkara seperti bersetubuh dengan wanita, ianya dihalalkan dan menjadi satu ibadah pula sekiranya anda bernikah dengannya.
"Sesungguhnya jiwa (manusia) itu menyuruh pada keburukan kecuali jiwa yang dirahmati Tuhanku." [Surah Yusuf : 53]
Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu bahawasanya Rasulullah S.a.w bersabda;
حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ
"Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh nafsu) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat." [HR Muslim]