Miss International Queen ialah pertandingan ratu cantik transexual yang diadakan setiap tahun di Pattaya Thailand. Pada 1 November yang lalu ialah edisi ke-9 pertandingan ini dan ianya dimenangi oleh Miss Brazil Marcelo Ohio (18). Beliau membawa pulang Baht300000 (RM30320), pakej pembedahan plastik percuma serta mendiami apartment mewah di Pattaya percuma selama setahun. Tahun ini wakil Malaysia gagal memenangi apa-apa. Kali terakhir wakil negara menerima anugerah ialah pada tahun 2006 apabila Phylliscia Hsuan memenangi anugerah gaun makan malam tercantik.
No comments :
Post a Comment