Saturday, 23 November 2013

Cara Memulihkan Google Chrome Yang Selalu Crash

Kenapa google chrome anda selalu crash dan bagaimana hendak memulihkannya? Google chrome adalah browser internet yang semakin mendapat tempat di hati pengguna internet di seluruh dunia di mana bilangan pengguna bagi aplikasi ini meningkat dari sehari ke sehari.


Pengguna internet suka menggunakan google chrome kerana sistemnya yang lebih ringan di mana laman web akan loading lebih laju berbanding browser-browser internet yang lain.

Namun, perkara yang sangat menyusahkan pengguna google chrome ketika menggunakannya adalah google chrome mudah untuk crash dan apabila di pulihkan, ia tetap akan crash dari masa ke semasa.


Ada beberapa sebab kenapa google chrome anda selalu crash, antaranya; 
  • Fail penting google chrome telah rosak. 
  • Salah satu plugin dan add on telah rosak atau damage 
  • Setting sistem operasi windows anda telah di ubah di mana google chrome tidak compatible dengan setting terbaru windows anda. Selalunya ia terjadi di sebabkan virus atau ketika anda update sistem windows anda. 
  • Registry bagi komputer anda sudah rosak dan corrupt. 

Untuk memulihkan google chrome anda yang crash, anda boleh lakukan perkara berikut; 

  • Restart komputer anda. 
  • Uninstall google chrome dan download google chrome dari internet dan install semula. 
  • Jika reinstall tidak berjaya memulihkan masalah crash anda, anda perlu disable atau delete add on dan plugin yang anda gunakan di google chrome anda. 
  • Jika selepas anda disable, google chrome anda masih dilanda masalah yang sama, anda perlu bersihkan registry komputer anda dengan menggunakan registry cleaner.
Bagi mereka yang menggunakan perisian windows versi cetak rompak, google chrome mereka mudah untuk crash di mana hanya re-format sahaja boleh menyelesaikan masalah ini.




No comments :

Post a Comment