Wednesday, 31 October 2012

AYAH JADIKAN ANAK SULUNG SEBAGAI HAMBA SEKS SEJAK DARJAH EMPAT


KUALA TERENGGANU – Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.


EMPAT MAK ANDAM KALAH PERBICARAAN CABAR UNDANG-UNDANG SYARIAH!

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan semakan empat lelaki bekerja sebagai mak andam yang mencabar perintah Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan dengan menghalang mereka berpakaian seperti perempuan.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad memutuskan bahawa mahkamah tidak mempertikaikan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 adalah undang-undang yang dibuat.

“Kesalahan yang dilakukan pemohon di bawah seksyen tersebut adalah terpakai kerana badan perundangan negeri mempunyai kuasa menguatkuasakan undang-undang ini kepada orang Islam dan perkara tergolong kesalahan dalam ajaran Islam.


“Malah, ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya digubal atas bidang kuasa Kerajaan Negeri dan kesalahan yang dilakukan pemohon iaitu orang yang beragama Islam tidak boleh dikecualikan,” katanya.


Tuesday, 16 October 2012

THEY COME AND GO.... [Part 5 of 5]



Melalui Al-Quran, ada banyak kali Allah mengajar kita tentang dimensi ruang dan masa. Di dalam Surah Al-Baqarah misalnya, diceritakan tentang kisah seorang hambaNya yang keluar daripada kampung kemudian tiba di suatu tempat lalu di ”tidur” kan selama 100 tahun. Apabila ia “bangun”, ditanyakan kepadanya berapa lama dia tertidur lalu dijawabnya mungkin sehari atau sebahagian daripada sehari. Dia diberitahu dia telah tidur selama 100 tahun. Dia disuruh memeriksa bekalnya dan bekalnya masih elok. Disuruh melihat binatang tunggangannya... didapati sudah tinggal tulang belulang sahaja. Kemudian Allah membangkitkan semula tunggangannya itu menjadi seperti sediakala. Adakah bekalannya duduk di dimensi lain dan tunggangannya pula duduk di dimensi lain kerana selepas 100 tahun keadaan bekal dan tunggagannya berbeza? Kemudian Allah menunjukkan kekusaanNya menguasai dimensi ruang dan masa dengan menghidupkan semula binatang tunggangan tersebut. Di dalam Surah Al Israk pula... kita tentu tahu tentang kisah Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Yang ini tak perlulah kot saya cerita panjang2... semua tentu tahu. Di dalam Surah Al Kahf pula, diceritakan tentang sekumpulan pemuda yang bersembunyi di dalam gua. Matahari silih berganti menyimbahkan cahaya di rekahan sebelah mereka pada waktu pagi dan di rekahan sebelah satu lagi pada sebelah petang. Walaupun fenomena pagi dan petang ini menunjukkan mereka masih lagi di alam fizikal dunia kita tetapi mereka tidak sedar mereka duduk di dimensi lain yang menyamai masa di alam fizikal selama 300 tahun. Selepas 300 tahun mereka masih lagi muda. Apakah maknanya semua ini? Dapatkah kita memahaminya?

Sunday, 14 October 2012

THEY COME AND GO.... [Part 4 of 5]


Seperti yang kita tahu teknologi al-insaan yang melibatkan banyak cabang ilmu seperti ilmu fizik, kimia, biologi, matematik dan sains adalah terhad. Ya, sekali pandang memang nampak hebat namun teknologi ada hadnya.

Sebagai contoh.... “graviti”. Hampir semua orang tahu apa itu graviti. Semua al-insaan tertakluk dengan graviti. Tanpa graviti jirim dan jisim tidak akan mempunyai berat. Ia adalah daya yang amat penting. Akan tetapi sehingga kini al-insaan tidak tahu daripada mana datangnya graviti. Cubalah tanya mana2 saintis di dunia ni. Tiada siapa yang mampu menjelaskan daripada mana datangnya graviti. Itu belum lagi perkara2 yang lebih halus seperti keberadaan jin, malaikat, makhluk2 allah yang lain, roh dan perjalanan inter-dimensi oleh penduduk2 langit serta cakerawala.

Tuesday, 9 October 2012

THEY COME AND GO.... [Part 3 of 5]



Cuba fikirkan... kita al-insaan diperbuat daripada tanah. Maka planet bumi tempat kediaman kita pun diperbuat daripada tanah. Bagaimana pula dengan jin? Mereka diperbuat daripada apa? Lidah api? Ya, mungkin ada asasnya lintasan fikiran kita tu... maka tempat kediaman yang sesuai dengan mereka ialah tempat yang diperbuat daripada api. Matahari sesuaikah untuk diduduki jin? Kita fikirkanlah dan jawab dalam hati.

Monday, 8 October 2012

THEY COME AND GO.... [Part 2 of 5]

Untuk part 2 ini kita mulakan dulu dengan “The Gatekeeper”.

Seperti yang diberitahu oleh NASA... matahari dipagari oleh satu lapisan yang sangat2 panas. Suhunya mencecah 5,505 darjah Celcius. NASA menamakan lapisan panas ini sebagai “corona”. Serta merta membuatkan kita terfikir, bagaimana mungkin sesiapa boleh melepasi lapisan pagar sepanas ini? Di sinilah “The Gatekeeper” memainkan peranannnya.

The Gatekeeper sebenarnya ialah satu teknologi yang mampu membiaskan haba. Bukan hanya setakat membiaskan haba, malah ianya juga mampu mengimbangi beberapa lagi hal lain seperti hentaman radioaktif serta meneutralkan kesan tindak balas “fusion” yang berlaku bagi menghasilkan lapisan “corona” yang amat panas ini. Struktur matahari juga sebenarnya banyak membantu sesiapa yang mahu memasuki pintunya untuk ke sistem bintang lain.




Sunday, 7 October 2012

THEY COME AND GO....[Part 1 of 5]





Salam sejahtera kepada semua. Sebagai posting pertama untuk page baru ini, saya dengan rendah hati dan perasaan takut2 ingin berkongsi beberapa maklumat dan kisah lanjutan daripada beberapa pendedahan yang telah dibuat melalui album NWO sebelum ini. Mungkin ada di antara kita pun yang telah mendengar tentang hal ini tetapi merasakan ianya amat susah difahami apatah lagi untuk dipercayai. Lantas, kita secara refleks atau tindakbalas automatik menolaknya mentah2.

Mengapa jadi begini? Mengapa sukar dipercayai dan difahami? Bagi kita yang telah mendalami dan jelas dengan isi utama album NWO, kita maklum yang ianya memang sukar diterima kerana amat bertentangan dengan apa yang kita telah biasa dengar dan lihat selama ini. Semenjak kita kecil lagi dan kemudian masuk ke alam persekolahan hinggalah ke menara gading, kita belajar menggunakan silibus dan skop yang telah ditetapkan oleh pihak2 tertentu. Ini ditambah pula dengan silibus pelajaran tidak formal sebagai pengukuhan penjara minda kita melalui media2 yang dikuasai mereka seperti surat khabar, radio, televisyen dan internet. Pendek kata, apa yang kita belajar, lihat dan dengar selama ini hanyalah apa yang mereka mahukan dan telah tetapkan sahaja.

Monday, 1 October 2012

Saya Tidak Punya Apa-apa Untuk Merasa Kehilangan




Saya telah tiada apa-apa di sini ... untuk merasa kehilangan ...
di tanah air sendiri, tulang telah hancur berkecai ...
Penguasa hidup mewah dikelilingi oleh penjilat
sombong takbur ...
Dan orang-orang yang hidup kelaparan di tanah perkuburan ...
seolah-olah kebuluran telah biasa ...
nasib mereka telah ditetapkan oleh Allah ...
seolah-olah kelaparan untuk mereka selama-lamanya ...
sebagai satu syarat untuk menerima keampunan ...

***