Tuesday, 16 October 2012

THEY COME AND GO.... [Part 5 of 5]



Melalui Al-Quran, ada banyak kali Allah mengajar kita tentang dimensi ruang dan masa. Di dalam Surah Al-Baqarah misalnya, diceritakan tentang kisah seorang hambaNya yang keluar daripada kampung kemudian tiba di suatu tempat lalu di ”tidur” kan selama 100 tahun. Apabila ia “bangun”, ditanyakan kepadanya berapa lama dia tertidur lalu dijawabnya mungkin sehari atau sebahagian daripada sehari. Dia diberitahu dia telah tidur selama 100 tahun. Dia disuruh memeriksa bekalnya dan bekalnya masih elok. Disuruh melihat binatang tunggangannya... didapati sudah tinggal tulang belulang sahaja. Kemudian Allah membangkitkan semula tunggangannya itu menjadi seperti sediakala. Adakah bekalannya duduk di dimensi lain dan tunggangannya pula duduk di dimensi lain kerana selepas 100 tahun keadaan bekal dan tunggagannya berbeza? Kemudian Allah menunjukkan kekusaanNya menguasai dimensi ruang dan masa dengan menghidupkan semula binatang tunggangan tersebut. Di dalam Surah Al Israk pula... kita tentu tahu tentang kisah Israk dan Mikraj Rasulullah SAW. Yang ini tak perlulah kot saya cerita panjang2... semua tentu tahu. Di dalam Surah Al Kahf pula, diceritakan tentang sekumpulan pemuda yang bersembunyi di dalam gua. Matahari silih berganti menyimbahkan cahaya di rekahan sebelah mereka pada waktu pagi dan di rekahan sebelah satu lagi pada sebelah petang. Walaupun fenomena pagi dan petang ini menunjukkan mereka masih lagi di alam fizikal dunia kita tetapi mereka tidak sedar mereka duduk di dimensi lain yang menyamai masa di alam fizikal selama 300 tahun. Selepas 300 tahun mereka masih lagi muda. Apakah maknanya semua ini? Dapatkah kita memahaminya?


Saya mencedok maklumat2 ini daripada ceramah Sheikh Imran Hossein di Sunway tidak lama dahulu kerana saya merasakan ianya sesuai dengan konteks penerangan tentang keberadaan planet nibiru.

Planet nibiru mempunyai sifat2 kejadian seperti yang digambarkan di dalam kisah2 di atas. Ia adalah planet yang aneh kepada kita jika kita masih kabur tentang wujudnya sesuatu yang kadang kala di dimensi ruang dan masa yang lain... kadang kala di dimensi ruang dan masa fizikal kita.

Sekarang mari kita lihat tentang kaum Maya pula. Menurut para pengkaji sejarah dan saintis sekular, kaum Maya mencapai kemuncak kegemilangan mereka di antara tahun 240 hingga ke tahun 900 masehi (A.D.). Kaum ini dikatakan menduduki dan menguasai kawasan yang luas... kalau hari ini kita mengenali kawasan ini sebagai Mexico, Honduras, Guatemala dan Belize. Mereka dikatakan mengamalkan agama yang menyembah Tuhan Utama Itzamna, Tuhan Chac penjaga Api dan Angin, Tuhan Kukulkan yang berbentuk ular berbulu pelepah dan banyak lagilah. Di awal tahun 900an... dikatakan saki baki kaum Maya ini telah ditawan dan dikuasai oleh askar2 Sepanyol. Akan tetapi, benarkah ini semua?

Okay... ini cerita yang kita mungkin tak pernah dengar pulak tentang kaum Maya ni. Mereka adalah keturunan yang berasal daripada beberapa kumpulan pertama yang memulakan tamadun selepas kejadian banjir besar di zaman nabi Nuh a.s. Apa? Betul ke ni? Ala... takpe la... biarlah saya habis cerita dulu... kemudian terpulang kepada semua untuk memeriksa sumber2 masing2. Boleh yer?

Teknologi mereka pula bukan seperti teknologi yang kita lihat hari ini. Ia bukan bersandarkan ilmu fizik, matematik, sains, elektronik dan astronomi biasa sahaja. Ia bersandarkan di atas kefahaman punca kuasa sebenar yakni cahaya tulen, ibu tenaga dan kawalan frekuensi jirim serta jisim. Bahasa yang mereka gunakan pula bukan seperti bahasa2 yang kita biasa guna hari ini di mana bahasa mereka boleh menjelaskan banyak perkara seperti bahan yang saintis2 sekular kita hari ini memanggilnya sebagai dark matter dan dark energy. Pendek kata, teknologi mereka bukan seperti teknologi acuan geng2 jahat sekular masa kini. Satu lagi yang mungkin memeranjatkan kita ialah mereka beragama yang sama aliran dengan agama Islam. Ya, mereka menyembah Allah... dan bukan seperti yang digembar-gemburkan menyembah Itzama, Chac, Kukulkan dan yang sepertinya itu.

Cuba kita fikirkan... mengapakah tamadun2 barat dan lain2 tamadun tajaan Iblis dan Dajjal bertungkus lumus menghantar askar2 mereka untuk menakluk dan memusnahkan tamadun2 lain yang tidak akur kepada kekuasaan mereka? Mengapa agaknya Sepanyol bersusah payah menghantar askar2 mereka untuk menakluk dan memusnahkan saki baki tamadun kaum Maya?

Okay... okay... jauh plak saya side-track. Balik semula kepada perkaitan planet nibiru dan kaum Maya ini... sama ada kita boleh proses maklumat2 ini atau tidak terpulanglah kepada yang empunya diri. Sesetengah kita boleh sahaja mengenepikan semua cerita2 ini kerana saya tak kuasa untuk menjelaskan sumber2 saya secara terperinci. Lagipun, tujuan page ini dan terdahulu album NWO bukanlah untuk menyediakan maklumat2 dan sumber2 menepati syarat2 akreditasi universiti atau kolej. Akan tetapi, hanyalah ingin mencetuskan budaya untuk berfikir sebelum menerima sebarang ilmu walaupun ianya datang daripada Harvard, Cambridge, MIT atau Oxford. Yang penting... marilah kita elakkan penyakit “Blind Acceptance”.

Baiklah.. here comes the bomb...

Penghuni2 planet nibiru ialah mereka yang berasal daripada kaum Maya. Mereka adalah di antara pengasas2 utama ilmu kosmologi dan ketuhanan semenjak zaman berzaman. Planet nibiru pula bukanlah planet... ianya adalah sebuah planet tiruan yang dibina dengan teknologi kaum maya. Mengapa kalendar kaum Maya berakhir pada 21 Disember, 2012? Ini ialah kerana mereka akan kembali membawa kalendar yang baru bagi menyambung kalendar kaum Maya yang semakin hampir sampai ke penghujungnya itu. Mengapa planet nibiru kejap boleh dikesan dan kejap hilang pula macam iklan biskut chipsmore? Ianya kerana planet nibiru mampu merubah keberadaannya keluar masuk dimensi ruang dan masa mengikut keperluan mereka. Adakah dunia akan kiamat pada 21 Disember, 2012? Hanya Allah yang tahu... tetapi seperti yang kita maklum Dajjal masih belum lagi muncul di Jurusalem, Imam Mahadi masih belum muncul daripada Khurasan dan Nabi Isa a.s. masih belum turun semula lagi.... so kalau mengikut perkiraan tersebut... 21 Disember, 2012 belum kiamat lagilah.

Semoga siri posting “THEY COME AND GO” ini memberi manfaat kepada kita. Yang baik datang daripada Allah... yang tak baik tu daripada kelemahan saya sendiri.


Wassalam

No comments :

Post a Comment