Monday, 8 October 2012

THEY COME AND GO.... [Part 2 of 5]

Untuk part 2 ini kita mulakan dulu dengan “The Gatekeeper”.

Seperti yang diberitahu oleh NASA... matahari dipagari oleh satu lapisan yang sangat2 panas. Suhunya mencecah 5,505 darjah Celcius. NASA menamakan lapisan panas ini sebagai “corona”. Serta merta membuatkan kita terfikir, bagaimana mungkin sesiapa boleh melepasi lapisan pagar sepanas ini? Di sinilah “The Gatekeeper” memainkan peranannnya.

The Gatekeeper sebenarnya ialah satu teknologi yang mampu membiaskan haba. Bukan hanya setakat membiaskan haba, malah ianya juga mampu mengimbangi beberapa lagi hal lain seperti hentaman radioaktif serta meneutralkan kesan tindak balas “fusion” yang berlaku bagi menghasilkan lapisan “corona” yang amat panas ini. Struktur matahari juga sebenarnya banyak membantu sesiapa yang mahu memasuki pintunya untuk ke sistem bintang lain.





Jika kita tinjau tentang kajian2 sejarah yang selalu dipaparkan kepada kita melalui pelbagai media, kita tentu perasan yang bangsa2 terdahulu di dalam sejarah peradaban atau tamadun dunia kelihatan taksub dengan matahari sehingga ada yang seolah2 menyembah dan bertuhankan matahari. Contoh2 yang biasa kita lihat... Mesir Kuno – Tuhan Ra, Greek – Tuhan Helios, India dan Tibet – Tuhan Surya, etc. Tempat2 lain juga tidak terkecuali termasuklah di Amerika Selatan, Eropah dan di mana sahaja... ada sahaja bangsa2 yang kelihatan betul2 taksub dengan matahari. Adakah mereka ini benar2 menyembah matahari? Atau mereka hanya membuat sesuatu “ritual” sebagai penghormatan kepada matahari? Atau adakah mereka telah berpengalaman melihat berkali2 banyak makhluk2 hebat datang dan pergi daripada matahari?

Persoalan seterusnya ialah bagaimana pula matahari boleh menjadi portal? Kalau melihat daripada struktur matahari seperti yang dipromosikan oleh NASA dan “authority”2 yang sewaktu dengannya, matahari hanyalah bebola gas yang panas dan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang ditunjukkan di dalam grafik di atas. Benarkah struktur matahari begini?

Sebenarnya memang ada banyak cara untuk menerangkan struktur sebenar matahari dan bagaimana ianya boleh menyebabkan ianya menjadi portal. Akan tetapi semuanya amat sukar untuk difahami... Di sini, saya akan cuba cara yang saya rasa paling mudah faham... tapi kalau kurang faham juga... mintak maaf la yer

Untuk permulaan, cuba kita renungkan ayat Al-Quran ini (Nota Peringatan Keras: Ayat2 ini disertakan BUKAN sebagai dalil. Akan tetapi dimuatkan di sini supaya mudah-mudahan dapat mencetus minat berfikir dan mengkaji mengenainya)

Surah 24 – An Nur (Ayat 35 dan Ayat 36)

[35]
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[36]
(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.

Bagaimana? Pernahkah kita memikirkan perihal Ayat2 ini dengan serius?

Saya pernah bercerita tentang string theory ni. Kalau nak membacanya semula... boleh la pergi ke SINI atau SINI.

Secara ringkasnya, string theory menerangkan tentang adanya 11 dimensi kewujudan jirim dan jisim yang terhasil oleh kombinasi lapisan2 tenaga, getaran dan cahaya yang berlainan. Jika kita mengkaji tentang matahari, kita akan dapati ianya adalah salah satu lokasi di mana semua 11 dimensi kewujudan ini saling bersentuhan. Tidak seperti yang biasa kita fahami, realiti hanya mempunyai 3 dimensi sahaja. Ok cukup... cerita panjang2 sangat takut makin konpius pulak. Kalau masih tak jelas... mungkin di masa hadapan saya boleh buat posting khas untuk menerangkan lebih lanjut tentang hal ini

Sekarang mari kita lihat fenomena matahari yang mempunyai halo (cincin cahaya) pula. Apabila sesuatu objek keluar atau masuk ke dalam matahari, fenomena matahari mengeluarkan halo terjadi. Semakin besar saiz objek yang keluar-masuk ini, semakin “intense” lah halo yang terbentuk sehingga boleh dilihat dengan jelas oleh mata kasar kita yang berada di bumi ini. Kejadian baru2 ini, sekiranya kita teliti kita akan dapat membuat agakan, objek merah yang mempunyai halo merah itu adalah salah satu objek yang sama ada dalam perjalanan masuk atau baru sahaja keluar daripada matahari. Daripada sumber2 yang saya rujuk, objek merah ini adalah objek yang baru keluar daripada matahari. Objek ini, dalam perjalanan untuk memintas planet nibiru. Nak pintas buat apa pulak?

Untuk makluman, “path” atau jalan laluan planet nibiru yang biasa ialah daripada sistem bintang terdekat dengan kita bernama alpha centauri... ia masuk ke sistem solar kita dan seterusnya masuk ke dalam matahari untuk muncul semula di alpha centauri. Sebab itulah apabila selesai kita membuat pemerhatian planet nibiru ini melintas masuk ke sistem solar kita, ia kemudiannya tiba2 menghilang. Tentang lokasi alpha centauri pula kita boleh sahaja membuat carian “google” atau rujuk link seperti di SINI.

Untuk Part 3 of 5 nanti, saya akan berkongsi pula sedikit maklumat tentang siapa yang dok keluar- masuk masuk matahari ni? Dan... apa sebenarnya planet nibiru?

Wassalam 


[InsyaAllah... To be continued]

No comments :

Post a Comment