Wednesday 4 January 2017

Cara semakan nama peminjam blacklist CTOS dan CCRIS



Individu yang gagal membuat pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain dengan alasan nama disenaraihitamkan (blacklist) CTOS dan CCRIS dinasihatkan menggunakan saluran yang betul untuk membuat semakan status bagi mengetahui sama ada benar-benar terlibat dengan masalah berkenaan. 

Apa yang kami lihat di internet ramai individu menggunakan ruangan komen di blog tertentu yang memberi info semakan CTOS dan CCRIS dengan mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti no kad pengenalan. 

Sebagai peringatan, tindakan itu adalah kurang bijak kerana pihak atau admin blog itu tidak dapat membantu anda bagi membuat semakan laporan kredit sama ada nama anda sebagai peminjam atau penjamin di senaraihitamkan melainkan anda sendiri yang berusaha untuk berhubung dengan pihak atau agensi terlibat melalui saluran yang betul. 

Sekiranya anda memberikan butiran penting identiti, contohnya seperti nama penuh, alamat, no telefon, atau no kad pengenalan di ruang komen tersebut, secara tidak langsung ia terdedah kepada umum dan akan membuka peluang pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan butiran peribadi dengan mengambil kesempatan terhadap masalah yang dihadapi oleh anda. 

Terdapat beberapa kes, dimana ada pihak atau individu yang tidak bertanggungjawab akan tampil mengambil kesempatan kononnya bagi menolong menyelesaikan masalah dengan mengenakan bayaran tertentu malah ada yang akan menghantar SMS bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka yang menghadapi masalah ini. 

Dari mana mereka mendapat butiran maklumat untuk menghubungi anda?, salah satunya adalah daripada sikap ambil mudah anda dengan mendedahkan maklumat tersebut seperti yang kami nyatakan sebelum ini. 

Sehubungan dengan itu, anda dinasihatkan berhati-hati dan menggunakan saluran yang betul untuk tujuan tersebut.



CARA SEMAKAN NAMA PEMINJAM DAN PENJAMIN BLACKLIST CTOS CCRIS

Senaraihitam (Blacklist) CTOS Dan CCRIS

Senaraihitam (Blacklist) CCRIS dan CTOS boleh dikategorikan sebagai istilah tahanan atau kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan. 

Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat CTOS dan CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam, cuma ia merekodkan aktiviti peminjam sama ada membuat bayaran balik pinjaman dengan baik atau tidak dan maklumat itu akan dijadikan salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk menilai risiko atau meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan. 

Sekiranya nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS itu menunjukan bahawa dia seorang pembayar hutang yang tidak bagus maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran balik pinjaman tertunggak yang terdahulu



Semakan Laporan Kredit CTOS


CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam. 

Bagi peminjam ingkar tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang telah ditetapkan maka nama akan direkodkan dalam CTOS. 

CTOS juga berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberikan pinjaman kepada pemohon. 

Jika ingin membuat semakan laporan kredit CTOS, anda boleh berhubung terus dengan pihak CTOS di CTOS service centre menerusi maklumat yang boleh didapati menerusi (klik) judul pautan :

 Hubungi CTOS Dan Bantuan Atau Pertanyaan Secara Online. 

Ataupun mendapatkan maklumat menerusi (Klik) judul pautan :

Soalan Lazim Yang Sering Di Tanya (FAQ) Cara Mendapatkan Laporan CTOS





  Semakan Laporan Kredit CCRIS

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan institusi perbankan. 

Jika bayaran bulanan ditetapkan oleh pihak bank yang dibuat oleh peminjam mengikut tempoh “bayaran cantik”, laporan yang direkodkan dalam data CCRIS itu akan menunjukan dia seorang pembayar hutang yang bagus maka dia tidak akan menghadapi masalah kegagalan sekiranya membuat permohonan pinjaman baharu. Bagaimanapun ia masih tertakluk kepada rekod, syarat dan kelulusan lain. 

Jika sebaliknya (rekod bayaran balik pinjaman tidak bagus) peluang untuk peminjam membuat pinjaman kewangan baharu dengan mana-mana bank berkemungkinan gagal sehingga rekod terbaharu (rekod yang baik) dikemaskini dalam data. 

Rekod CCRIS tidak boleh disemak melalui bank yang anda membuat pinjaman. Kebiasaannya pihak bank akan menyarankan anda mendapatkan rekod laporan kredit itu menerusi Bank Negara Malaysia. 

Sehubungan dengan itu, adalah lebih mudah jika anda mengunjungi Bank Negara Malaysia untuk membuat semakan CCRIS kerana di Bank Negara Malaysia disediakan kiosk layan diri untuk buat semakan CCRIS malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan lebih terperinci. 

Untuk maklumat cara permohonan semakan CCRIS, ia boleh didapati secara online sila layari judul pautan berikut :

Maklumat Semakan CCRIS Laporan Kredit


selain boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenainya atau rujuk :

Cara Permohonan Mendapatkan Laporan Kredit


No comments :

Post a Comment