Sunday 28 August 2016

Tumis Air Bayam Merah



Kita hari-hari memang kena masak dan makan sayur. Tak kiralah apa-apa sayur pun kerana ia sebenarnya baik untuk kesihatan. 

Dulu kami tak berapa suka makan sayur..
Kalau mak masak sayur , kami kerap juga merungut.. terutamanya bila mak masak bening.. atau tumis air. Pasti bosan rasanya.. "macam lauk orang sakit aje.. " rungut kami setiap kali pulang sekolah di sajikan dengan sayur air...





Hari ni kami masak Sayur Bayam Merah Tumis Air. Sebenarnya banyak tau khasiat sayur bayam ni.. nak tau jom kami kongsikan di sini..

1. MEMBINA TULANG YANG KUAT 

Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.

2. MEMBINA SALUR DARAH YANG BAIK 

Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. 

3. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG 

Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah. 

4. MENCEGAH KANSER 

Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat. 

5. BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG 

Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap. 

6. MATA YANG SIHAT 

Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat. 




TUMIS AIR BAYAM MERAH

1 ikat sayur bayam ~ di siang, asingkan daunnya dan tangkainya.
4 ekor sotong ~ di potong
4 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ di hiris
4 tangkai cili padi ~ di belah 2
1 batang cili merah ~ di hiris
Garam secukup rasa
air secukupnya


Panaskan sedikit minyak
Tumiskan bahan hiris kecuali cili merah dan masak hingga harum
Tambahkan sotong dan air
Biarkan kuah merenih
Perasakan dengan garam
Masukkan batang bayam dahulu
Bila dah lembut masukkan sayur bayam dan cili merah
Tutup api dan kacau rata
Jangan lama sangat masak sayur sebab takut khasiatnya hilang pula
Sedia di hidangkan

No comments :

Post a Comment