Tembok Besar China adalah salah satu daripada
keajaiban senibina dunia.
Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjungi China. Tetapi adakah anda tahu dimanakah letaknya hujung Tembok China? Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia. Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah 'kaisar' pertama China iaitu Qin Shi Huang. Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini.



