Multimedia Development Corporation (MDeC) telah melancarkan #MYCYBERSALE , jualan digital online terbesar di Malaysia buat kali kedua.
#MYCYBERSALE bermula pada 28hb September dan akan berakhir pada 2 Oktober 2015. Tahun lepas , jualan online ini cuma diadakan selama 3 hari saja tapi kali ni dilanjutkan selama 5 hari !
Apa yang menariknya sangat dengan #MYCYBERSALE 2015 ni ? Ok.. bayangkan diskaun sehingga 90% menanti korang semua ! Bayangkan produk produk yang ditawarkan nanti adalah idaman selama ini ! Segalanya , cuma dihujung jari korang je ! Belian secara online tanpa perlu berebut beratur.. nak bayar parking dan keluar duit minyak ! Kan ?
#MYCYBERSALE adalah dibawah kelolaan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia ( KKMM ) dan dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK). Ini bermakna segala jualan online adalah disahkan dan ianya dijalankan dengan tanpa ada was was ! Maknanya , boleh shopping tanpa rasa takut ditipu laa !
Kali ini , untuk memudahkan mereka yang ingin membeli belah secara online di #MYCYBERSALE boleh memuat turunkan ( download ) aplikasi #MYCYBERSALE samada di Google Play Store atau Apple iStore .
Ada lagi bonus untuk eshopper, cepat register kat sini www.mycybersale.my dan sertai Lucky Draw untuk menangi Samsung A8 dan hadiah hadiah lain yang bernilai sehingga RM 50,000!
Untuk maklumat lanjut , sila ke :
Website: http://www.mycybersale.my
FB: http://www.facebook.com/DigitalMalaysia
Twitter: http://www.twitter.com/Digital_MY
YouTube: https://www.youtube.com/user/DigitalMalaysia
Tunggu apa lagi ? Ada banyak produk sedang menanti korang ! Ingat , Esok last day !!!
No comments :
Post a Comment