Seperti yang kita sedia maklum, memulakan sebuah persahabatan adalah cukup mudah. Namun tidak semuanya mampu bertahan lama dek kelemahan seseorang itu untuk menjaga ikatan persahabatan. Ramai juga yang masih tidak tahu cara sebenar untuk mengekalkan sebuah persahabatan dan tidak kurang juga yang menyaksikan sebuah persahabatan bertukar menjadi permusuhan.
Ini adalah beberapa tips-tips berguna dalam mengekalkan sebuah persahabatan untuk rujukan pembaca bagi menjaga persahabatan masing-masing.
Terima kekurangan dan keburukan.
Sudah lumrah manusia mempunyai kekurangan masing-masing. Cubalah terima seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita sendiri tentunya banyak kekurangan.
Bijak menyesuaikan tutur kata.
Sebagai sahabat, kita jugs perlu mengambil tahu emosi mereka. Di sinilah pentingnya menyesuaikan tutur kata dengan emosi semasa mereka. Jangan cakap ikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
Berita baik atau berita sedih sahabat.
Jika ada sesuatu yang baik atau buruk berlaku kepada sahabat, bukan semuanya mereka mahu orang lain tabu. Biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. lni tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu 'busy body' dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada mereka.
Menghormati hak dan kehidupan peribadi.
Bukan sepenuh masa sahabat ingin berada dengan kita. Justeru itu, beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungannya dengan insan lain seperti keluarga, isteri/suami dan sebagainya.
Beri peluang lepas marah.
Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan marah di hati. Jangan dibalas, berdiam dan tunggu hingga dia reda atau sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut.
Diam sewaktu dia marah.
Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar dan angguk. Itu lebih baik daripada membuat komen. la boleh memburukkan keadaan.
Jangan memburuk atau membanggakan.
Perkara yang paling pantang adalah memburukkan sahabat kita di hadapan orang lain. lni boleh menimbulkan kemarahan. Jangan juga membanggakan diri mereka dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita kemana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah SAW bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
No comments :
Post a Comment