Perang di Gaza kini bukan sekadar bertumpu kepada serangan bersenjata di kawasan itu oleh tentera Yahudi tetapi dikembangkan juga sehingga ke dunia siber.
Ratusan laman web milik Israel sudah berjaya digodam pasukan siber dari seluruh dunia (anonGhost) termasuk dari negara ini yang di ketuai oleh Malaysia Security Tester (MST).
Serangan dimulakan sejak 1 Julai lalu dan setakat ini lebih 2,000 laman web termasuk yang dimiliki oleh kerajaan haram Israel berjaya digodam.
Laman yang digodam akan diletakan hastag #OpSaveGaza dan lagu perjuangan Palestin.
Sumber MST memberitahu, serangan mereka hanya bertumpu kepada laman web dengan nama domain berakhir co.il.
Antara laman kerajaan Israel yang diserang ialah http://jobs.galil.gov.il/temp/
http://galilee.gov.il/temp/index.asp.
Tinjauan juga mendapati sebahagian laman web rasmi kerajaan Israel yang berjaya digodam telah ditutup sementara dipercayai oleh webmaster laman-laman berkenaan.
Sementara itu, jurucakap AnonGhost, Donnazmi pula berkata, serangan siber pihak mereka adalah bagi mendedahkan kepada dunia sikap dan keganasan Israel ke atas masyarakat Palestin.
“Tindakan melancarkan roket dari sektor Gaza ke Israel adalah sesuatu yang normal dan boleh diterima terhadap babi-babi berkenaan (Israel), ia dipanggil penentangan dan bukannya keganasan,” katanya.
Tambah kenyataan itu, Israel tidak pernah wujud dan yang ada hanyalah Palestin.
“Tunjukan kepada dunia berapa banyak darah yang ada di tangan Yahudi,” katanya.
Serangan siber ke atas Israel dipercayai akan diteruskan sehingga objektif untuk mendedahkan kezaliman negara haram Yahudi itu berjaya dicapai. –Mynewshub.my
No comments :
Post a Comment