Lately ada beberapa isu yang menjadi perbualan topik rakyat Malaysia, dari topik mengenai kisah gelandangan, isu mengenai world cup dan juga terbaru, serangan Israel keatas Gaza. Hari ini aku nak tulis sikit pasal cerita yang orang kata "under spotlight".
Ia mengenai kematian ( pembunuhan ) seorang model sambilan Regina Soosalu iaitu seorang warga Estonia di Pulau Rawa baru-baru ini. Pada 1 Julai yang lalu mayat seorang wanita ditemui terapung berhampiran Pulau Rawa yang juga merupakan sebuah "private island".
Pulau Rawa ialah sebuah pulau milik persendirian, terletak 16km di luar pantai timur Semenanjung dan mengambil masa satu jam perjalanan dengan bot dari Mersing. Ia adalah menjadi tempat kepada dua pusat peranginan iaitu Le Club dan The Safari.
Regina Soosalu pada mulanya dianggap lemas apabila mayatnya ditemui di pantai di sepanjang pulau.Walau bagaimanapun, pihak polis kini menyiasat kematian sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapati luka "mencurigakan" di badannya.
Regina Bersama Teman Lelakinya...Credit Image: Klik Sini
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asst Comm Datuk Hasnan Hassan berkata enam suspek telah ditahan untuk membantu siasatan setakat ini. Regina juga merupakan teman wanita kepada Tengku Alang Reza. Terbaru aku ada baca yang Tengku Alang Reza juga telah ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut kenyataan rakan Regina yang dipetik melalui (Malay Mail Online) mereka merasa terkejut kenapa pihak berkuasa mengambil masa 6 hari untuk mengumumkan tentang kematianya. Sementara itu dalam artikel berasingan, Malay Mail juga ada melaporkan yang pihak keluarga Regina hanya mengetahui mengenai kematianya melalui posting dari facebook.
Kes ini masih dalam peringkat awal siasatan. Sebenarnya tak banyak maklumat yang diketahui. Tapi yang jelas Regina model (warga asing) yang pertama, kerana sebelum ini kita pernah dikejuitkan dengan kes pembunuhan model sampingan warga mongolia iaitu Altantuya Shaaribuu.
No comments :
Post a Comment