Sunday 31 March 2013

Murid Pengsan Dapat Cikgu Handsome


Hoho. Rasanya kalau student dapat cikgu handsome macam gini, sure pengsan! Bukan student ja boleh pengsan dengan cikgu-cikgu perempuan pun boleh gila bayang. Haha. Inilah antara komen pembaca yang melihat gambar-gambar Cikgu Malik yang dikongsikan dalam laman Facebook, terutamanya dalam halaman pelakon yang membawakan watak ini, iaitu Aaron Aziz. Kelakar pun ada bila baca statement macam ini.


Tetapi kalau diikutkan bukan tak ada cikgu-cikgu lelaki yang memang handsome semula jadi di sekolah. Ada saja. Dan sememangnya memang mereka ini akan jadi popular. Baik dalam kalangan pelajar dan guru terutamanya tentu sekali dari kaum perempuan. Begitu hebatnya kuasa wajah dan penampilan kan? Apapun bukan rupa seorang guru yang menjadi ukuran. Sebaliknya niat, kredibiliti, keupayaan, tanggungjawab dan usaha seorang guru untuk mendidik anak bangsa yang didambakan.


Walau bagaimanapun, kalau dapat cikgu yang handsome atau cantik itu, kira bonus la kan? Biasalah, manusia kan sukakan benda yang cantik dan molek... Berbalik kepada Cikgu Malik, penonton dapat menyaksikan Aaron Aziz dalam watak ini bermula 31.3.13 dalam rancangan Oh My English Season 2 di Astro TVIQ 610


No comments :

Post a Comment