Wednesday, 19 May 2010

ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :
  1. Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
  2. Bacalah Al-Quran
  3. Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada   orang lain.
  4. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
  5. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
  6. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
  7. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada       perangaimu yang tidak baik.
  8. Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
  9. Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
  10. Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Wednesday, 21 April 2010

10 Peringatan Bumi....

Berkata Anas Bin Malik r. a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
  1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
  3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
  4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
  6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
  7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
  8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
  9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Saturday, 10 April 2010

Writing About the Unspeakable

By H.P. Albarelli Jr. , 9 Apr 2010
I don’t like having to write this article. I don’t like even thinking about it, but over the past few months its subject has come up repeatedly. Many television and radio hosts who have interviewed me about my new book,  A TERRIBLE MISTAKE: The Murder of Frank Olson and the CIAs Secret Cold War Experiments, have, on their own, brought up the subject of AIDS and Fort Detrick and the connection between the two. Nearly the entire ten years I worked on the book, this subject consistently loomed in the background like some malevolent poltergeist, and was essentially considered unspeakable by practically everyone I interviewed. Now things are different.

Sunday, 28 February 2010

Lambang negara Malaysia, Indonesia dan Singapura berkait dengan Yahudi Zionis

Pernahkah anda terfikir mengapa contohnya negara Malaysia, Indonesia dan Singapuramempunyai lambang negara yang hampir sama? Dan yang drastiknya lagi, ketiga-tiganya mempunyai kaitan yang rapat dengan lambang Illuminati dan Yahudi Zionis serta sekutu-sekutunya.


Adakah ianya secara kebetulan? Takkan asyik-asyik kebetulan saja kan, maka mari kita lihat ketiga-tiga lambang negara yang kesemuanya pernah dijajah ini.


Jata Negara - Lambang negara Malaysia


Tuesday, 2 February 2010

Di antara pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka - Bahagian 2

Assalaamu'alaikum w.b.t.... Kali ini kita akan menyelami banyak lagi perkara yang bersangkut paut dengan pengenalan dan simbol-simbol yang digunakan oleh mereka. Adakah anda sudah bersedia? Baca bismillah dulu sebelum membaca seperti biasa yer.
3 NA = NAZI + NASA + NAVY

Ada sesiapa lagi yang masih tidak kenal dengan NAZI? Siapa tidak kenal dengan Adolf Hitler? Seorang pemimpin NAZI yang sangat berkaliber, eh berkaliber ke dia?. Siapa tidak kenal dengan sejarah NAZI yang telah membunuh ramai umat Yahudi yang berpegang dengan ajaran mereka yang betul dulu. Dan yang banyak ditinggalkan selepas itu adalah yahudi korup yang sudah banyak menyeleweng dari ajaran asal mereka. Sama seperti ajaran sesat di dalam Islam, yang banyak menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar, seperti munculnya RASUL MELAYU, RASUL WANITA, mengaku IMAM MAHDI dan sebagainya.