Assalaamu'alaikum w.b.t.... Kali ini kita akan menyelami banyak lagi perkara yang bersangkut paut dengan pengenalan dan simbol-simbol yang digunakan oleh mereka. Adakah anda sudah bersedia? Baca bismillah dulu sebelum membaca seperti biasa yer.
3 NA = NAZI + NASA + NAVY
Ada sesiapa lagi yang masih tidak kenal dengan NAZI? Siapa tidak kenal dengan Adolf Hitler? Seorang pemimpin NAZI yang sangat berkaliber, eh berkaliber ke dia?. Siapa tidak kenal dengan sejarah NAZI yang telah membunuh ramai umat Yahudi yang berpegang dengan ajaran mereka yang betul dulu. Dan yang banyak ditinggalkan selepas itu adalah yahudi korup yang sudah banyak menyeleweng dari ajaran asal mereka. Sama seperti ajaran sesat di dalam Islam, yang banyak menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar, seperti munculnya RASUL MELAYU, RASUL WANITA, mengaku IMAM MAHDI dan sebagainya.
Di bawah ini adalah simbol / lambang kepada NAZI;
Ya , ianya adalah terlalu 'familiar' atau dikenali oleh anda bukan? Itulah dia lambang / simbol NAZI yang diberi nama Swastika. Asalnya juga merupakan simbol MATAHARI bagi pengamal2 ajaran purba, tetapi dihidupkan semula oleh Hitler dan menggunakannya sebagai simbol NAZI. Maka sila lihat pula gambar di bawah ini;
Gambar di atas ini diambil dari gambar satelit. Ianya merupakan gambar sebuah bangunan di Amerika Syarikat sana. Tahukah anda bangunan apakah itu? Ya, itu lah dia bangunan pengkalan 'Navy' bagi tentera laut di California Selatan, Amerika Syarikat. Maka adakah bentuk itu terjadi secara kebetulan? Anda boleh fikir sendiri.
Gambar ini diambil pada tahun 2007 dahulu dan telah mendapat publisiti yang meluas. Bermacam-macam alasan dibuat bagi menutup hubungannya dengan pihak NAZI. Mungkin sekarang ini mereka telah mengubah balik bentuk bangunan tersebut. Tetapi sebab sebenar mengapa salah sebuah bangunan berek tentera Navy tu menjadi seperti lambang Swastika Nazi masih menjadi misteri.
Ini kerana mengikut sejarah NAZI dahulu, ianya disokong dengan dana yang besar dari pihak Illuminati sendiri.
Dan pengaruh NAZI bukan sahaja kepada NAVY, tetapi juga kepada NASA (National Aeronautic Space Administration). Di mana pengaruh NAZI kepada NASA adalah lebih kuat dengan banyak bukti termasuk lah dari bekas2 saintis NASA sendiri. NASA selama ini telah banyak melakukan PEMBOHONGAN / HOAX dan menyembunyikan fakta sebenar. Sebagai contoh tentang pendaratan Neil Armstrong ke bulan, itu hanya lah satu rekaan. Sebenarnya tiada manusia yang pernah jejakkan kaki ke bulan kerana keadaan di permukaan bulan amat merbahaya kepada manusia, dengan gas2 beracun dan sebagainya.
Lagi pun, mungkin kerana Amerika sebelumnya tidak puas hati dengan Russia, kerana Russia menjadi negara pertama yang menghantar manusia mengelilingi BULAN, iaitu angkasawan Yuri Gagarin. Maka tidak ada pilihan lain, Amerika kononnya ingin melakukan satu perintisan dengan menghantar manusia menjejakkan kaki ke bulan.
Kenapa penjejakan kaki manusia di bulan adalah satu HOAX? Beberapa pakar sendiri telah menyatakan bahawa ianya hanya dirakamkan di dalam studio dan kesan cahaya dari cahaya matahari dari gambar yang diambil di permukaan bulan itu adalah TIDAK LOGIK sama sekali.
- Saintis2 roket NAZI dibawa masuk ke USA secara rahsia dan bertugas di NASA. Mereka digelar sebagai 'Project PaperClip team'.
Project Paperclip Team
Walaubagaimana pun, bukanlah semua pekerja NASA dan NAVY Amerika itu terlibat dengan NAZI atau Illuminati. Tetapi maksud yang ingin disampaikan ialah pertubuhan2 itu sudah dikuasai oleh golongan pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Illuminati itu.
NAVY dapat memonitor laut dan udara, sedangkan NASA dapat memonitor keadaan angkasalepas dan sewaktu dengannya. Perancangan mereka bukannya sembarangan tetapi diatur dari segenap sudut dan ceruk dunia ini.
Cop mohor kerabat diraja British pada produk2 di pasaran
Pernahkah anda melihat simbol yang digunakan oleh kerajaan British ini yang biasanya dipanggil sebagai 'Coat of Arms'?
Perhatikan simbol2 itu di bangunan2 milik mereka
Pintu pagar istana Buckingham, England
Di dinding syarikat pembuat rokok ternama iaitu Philip Morris
Bangunan Immigration Museum, Old Customs House, Australia
Chief Secretary's Building, Australia
Dan macam2 bangunan yang menjadi milik mereka lagi .......
Dan perhatikan simbol2 yang walaupun tidak 100% sama, tetapi asasnya begitu yang digunakan pada produk2 rokok dan arak sebagai tanda pengenalan mereka.
Philip Morris
Marlboro
Benson & Hedges
Dunhill
Walaupun rokok Camel tidak menggunakan simbol 'Coat of Arms', tetapi lihatlah terbentang di bahagian latarbelakang sana, segitiga piramid. Pokok kurma pun ada 3 batang.
Dan perhati betul-betul kepada huruf A dalam perkataan CAMEL. Anda akan mendapatinya seolah-olah seperti "Eye of Horus" / "Mata Horus".
Ya saya tahu, memang ia tidak sama dengan Mata Horus, "jika anda melihatnya secara biasa dan sekali imbas". Tetapi anda perlu lihatnya dengan imaginasi dan konsentrasi yang lebih tinggi, insya Allah anda akan faham apa yang saya maksudkan.
Dan perhati betul-betul kepada huruf A dalam perkataan CAMEL. Anda akan mendapatinya seolah-olah seperti "Eye of Horus" / "Mata Horus".
Ya saya tahu, memang ia tidak sama dengan Mata Horus, "jika anda melihatnya secara biasa dan sekali imbas". Tetapi anda perlu lihatnya dengan imaginasi dan konsentrasi yang lebih tinggi, insya Allah anda akan faham apa yang saya maksudkan.
Mata Horus
.
Produk-produk arak dan minuman keras .......
Imperial blue whisky
Vodka Russia
Vat69
Bells whisky
Dan macam-macam lagi yang anda boleh lihat sendiri di pasaran sana ....... Amacam? Masih mahu hisap rokok lagi?
Illuminati ditadbirkan oleh 13 keluarga besar asas di mana yang paling atasnya adalah keturunan raja Namrud dan ada pendapat yang mengatakan yang lain-lainnya berketurunan dari Firaun. Ditambah lagi dengan 2 keluarga menjadikan 15 semuanya sekarang.
Illuminati and Corporate Logos
Doa elak Fitnah Dajjal dari hadits Riwayat Muslim
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari azab neraka Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal."
No comments :
Post a Comment