Musim panas ni musim semut keluar dari persembunyian ke? Sejak kebelakangan ni rumah saya banyak sangat semut. Kat dapur banyak semut, kat dalam bilik banyak semut, kat ruang tamu pun sama juga. Sampaikan pokok buah nona kat laman rumah saya pun kena serang dengan semut. Semua buah atas pokok tu dah jadi rezeki semut.
Kalau guna shieldtox atau ridsect ke, mau habis sebotol sehari kalau asyik sembur je. Kejap sembur semua mati, tapi tak sampai setengah jam geng semut yang lain pula datang menyerang. Hai la semut, manis sangat ke rumah saya ni?
Kerana tak tahan dengan kehadiran semut yang tanpa diundang, saya cubalah cari kat laman google, mana tau ada cara untuk mengusir atau menghapuskan semut itu. Dalam istilah lain, membunuh semut tu. Dan hasilnya, saya jumpa beberapa tips ni.



