Monday, 12 August 2013

Kepingan Zamrud Ke-10 : Kunci Masa

Nota: Apa yang dikongsikan ini tidak akan memberi sebarang manfaat malahan membacanya akan membuang masa sahaja bagi yang tidak berminat. 

Bagi yang berminat tetapi kurang penguasaan bahasa Inggeris... mohon maaf, tiada terjemahan bahasa Melayu. Ini kerana ianya sukar untuk diterjemahkan kepada bahasa Melayu dan boleh menghilangkan maksud sebenarnya yang amat mendalam.

"Yang berkata2 tidak faham. Yang faham pula tidak berkata2". Get it? Kalau tak get it takper la yer... 

Semoga bermanfaat difikir2 kan. Allahu'alam.



Thursday, 1 August 2013

11 AMALAN MURAH REZEKI

Berikut adalah 11 amalan yang boleh anda lakukan untuk memperolehi rezeki yang diberkati dengan melimpah ruah. Sesungguhnya, rezeki itu, sumbernya adalah dari Allah.


1. Utamakan Solat
Cuba semak solat kita. Adakah cukup 5 waktu solat kita? Adakah kita bersolat di awal waktu?
Jika kita menjaga solat kita, Insyallah, Allah akan permudahkan segala urusan kita dan memberikan rezeki yang diberkati. Seperti mana firman Allah di dalam surah Taha, ayat 132
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
Dengan menunaikan solat, bukan sahaja kita akan mendapat ganjaran pahala dan rezeki, malahan, fikiran juga akan bertambah cerdas.

Tuesday, 25 June 2013

Ciri-Ciri Hubungan Asmara yang Komited

Walaupun berstatus sebagai pasangan kekasih, namun belum tentu hubungan tersebut berdasarkan dengan komitmen. Komitmen boleh tercipta bila kedua belah pihak dapat menjalani hubungan dengan serius. Empat ciri dibawah ini diperturunkan untuk renungan bersama.




Sunday, 9 June 2013

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2013

Selebriti-selebriti tempatan

Azean Irdawaty meninggal dunia

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam (17 Disember 2013).

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit kanser dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Tuesday, 4 June 2013

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2012

Selebriti-selebriti tempatan


Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2012 - Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, yang popular dengan lagu "Kembali senyum", meninggal dunia di wad ICU hospital Ampang kira-kira jam 6 petang tadi.

Finalis Bintang RTM yang juga abang kepada Aril AF meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ dalaman. [Harian Metro]






Innalillah .. Al-Fatihah .......