Tuesday, 3 May 2011

Gambar Osama Laden dibunuh adalah palsu

Monday, 2 May 2011

Obama dakwa Osama Laden sudah dibunuh


Osama bin Laden (yang diceritakan lahir di Arab Saudi), yang diburu sebagai dalang serangan pengganas terburuk di tanah Amerika Syarikat, telah dibunuh,Presiden Barack Obama mengumumkan pada malam 1 Mei 2011.


Presiden menyebut pembunuhan bin Laden adalah "prestasi yang paling signifikan sampai saat ini" dalam usaha untuk mengalahkan al-Qaeda.


"Keadilan telah dilakukan," kata Obama.


Osama Laden dikesan di kawasan Abbottabad, Pakistan di dalam satu operasi oleh tentera AS. Sumber mengatakan serangan itu dilakukan oleh Komando Pasukan Khusus Gabungan Operasi (Joint Special Operations Command forces)yang bekerja dengan CIA.


"Sebuah pasukan kecil dari Amerika melakukan operasi," kata Obama. "Setelah berlaku tembak-menembak, mereka membunuh Osama bin Laden dan mengambil tubuhnya sebagai tahanan."

Sunday, 1 May 2011

Facebook adalah 'spy' terbesar yang pernah dibuat


Pengasas Wikileaks, Julian Assangedalam sebuah wawancara eksklusif denganRT (dahulu dikenali sebagai Russia Today) menyebut Facebook adalah alat perisikan terbesar dalam sejarah. Menurut Assange, Facebook secara automatik mengutip data rahsia dari pengguna berdaftar di laman itu, dan kemudian maklumat ini akan dipindahkan ke perisikan AS.

Dia menambah bahawa kita berurusan dengan pengkalan data (database) yang sangat terperinci tentang manusia, kebiasaan mereka, hubungan sosial mereka, alamat, tempat tinggal, kaum kerabat, dan semua data ini terletak di Amerika Syarikat dan sedia diperolehi oleh perisikan AS.

Tuesday, 26 April 2011

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan

Ramai yang dah tahu tentang 2 tempat istimewa ini. Cuma saya mahu mencorat-coret di sini sekiranya dapat menambah pengetahuan saudara. Bak Saidina Ali r.a pernah berpesan hendaklah kita mengenal kebaikan dan mengenal juga keburukan. Kita mengenal Allah dan kita mengenal juga syaitan. Tapi kenal syaitan jangan lepas tu bercinta dengan dia pulak! Tetapi kenal sekadar mahu tahu apa kelemahannya dan strateginya. Ibarat jika mahu berperang, mesti tahu dan kaji kelemahan musuh. Baru boleh berperang dengan baik insyaAllah.

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda – Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat – Puerto Rico, Mexico – dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga – Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Saturday, 23 April 2011

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2010

Tony Curtis

Pelakon legenda Tony Curtis, yang menghiasi skrin sejak tahun 1950-an, meninggal dunia pada usia 85 tahun. Tony meninggal kerana serangan jantung di rumahnya di Vegas pada tarikh 29 September 2010. Berita sedih itu disahkan kepada media oleh anak perempuannya, pelakon Jamie Lee Curtis. Selama perjalanan karier yang panjang, Tony membintangi lebih dari 150 filem, berjuang melawan ketagihan dadah, berkahwin enam kali, dan ayah kepada enam anak. Foto kredit : Independent.co.uk