Bagus juga ada pihak yang membocorkan rahsia ini. Nampak jelas gambar yang disebarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat itu adalah palsu dan telah di 'photo shop' kan.
Lihat saja gambar Osama Laden yang lama sebelah kiri itu, sama sebiji dengan mulut gambar yang kononnya terbaru itu. Tidak lari walau 1 peratus pun. Dan bahagian mata yang ditembak itu adalah mata orang lain yang pernah kena tembak pada tahun 2009 dulu.
Gambar orang yang ditembak di bahagian kepala itu pernah digunakan di laman web themedialine.org pada 29 April 2009 dulu. Manakala gambar mulut Osama Laden itu pula diambil dari gambar foto tahun 1998 dan pernah diguna oleh Reuters.
Warna kulit pun berbeza sangat tu. Perhatikan gambar belah kanan sekali, gambar dahi atas kulit cerah, sedangkan gambar bahagian mulut tu kemerahan sikit. Tukang manipulasi gambar itu pun belum teliti buat kerja.
Usahkan gambar yang bezanya puluhan tahun ini, jika anda mengupah seorang jurugambar paling handal dalam dunia pun, dan suruh dia shoot sekeping gambar anda hari ini dan sekeping esoknya, dengan angle yang sama, PASTI tidak akan sama! Akan lain juga walaupun sedikit. Apa lagi seperti gambar Osama di atas, yang satunya ketika dia berdiri, yang satu lagi kononnya ketika terbaring mati.
Nampak sangat menipu kerajaan AS ini, Tuhan sudah tunjuk dengan terang lagi bersuluh lagi sekarang. Apa lagi agaknya yang mereka nak nafikan nanti. Barack Obama boleh pula katakan yang gambar rasmi kematian Osama Laden belum mereka keluarkan lagi, sedangkan akhbar-akhbar yang keluarkan gambar di atas kebanyakannya dimiliki dan dikawal oleh mereka juga. Jika benar gambar sebenar Osama dibunuh ada, mengapa masih tertunggu-tunggu untuk keluarkannya? Atau sedang mem 'photoshop' kan lagi yang lain pula?
Maka berita Osama Laden dibunuh oleh tentera AS yang terbaru itu sudah ternyata PALSU sama sekali. Lagi pun sudah banyak di war-warkan bahawa Osama Laden sudah mati suatu ketika dulu di sebuah hospital, kerana masalah buah pinggang.
Ada sumber-sumber dari Pakistan dan Afghanistan dulu yang mengatakan bahawa Osama Laden telah meninggal dunia sejak tahun 2001 lagi, dan dikebumikan di kawasan pergunungan tenggara Afghanistan. Ini kerana keadaan fizikalnya pada ketika itu pun sudah dalam keadaan sakit teruk, ketika digambarkan pada 27 Disember 2001, dimana dia sehari-hari memerlukan dialisis buah pinggang.
Sejarah pun ada membuktikan bahawa sudah beberapa kali mereka mengeluarkan audio tape yang kononnya adalah suara Osama tetapi sebenarnya bukan, seperti yang berlaku pada tahun 2002. Audio tape itu diumumkan palsu oleh Swiss Research Institute.
Pakar-pakar di Lausanne-based Dalle Molle Institute for Perceptual Artificial Intelligencemembuat perbandingan dengan 20 tape dari Osama Laden yang diterima sebelum itu, dan membuat kesimpulan bahawa audio tape pada tahun 2002 itu adalah palsu, dengan kata lain, ada orang menyamar sebagai Osama..
Dan mengapa mereka menanam mayat yang kononnya dikatakan Osama Laden itu di laut? Sudah nampak di sini, kemungkinan besar kerana mahu hilangkan BUKTI. Sungguh licik golongan ular berbisa ini ......
No comments :
Post a Comment