Tuesday, 13 October 2015

Olahan Bijak Ruang Sempit


 
Kediaman teres unit tengah kebiasaannya mempunyai ruang terbatas untuk diolah. Ini alasan biasa yang di gunakan di antara kita untuk tidak memperindah ruang landskap rumah. Namun sebenarnya andai anda bijak menata hias serta menyusun atur landskap idaman pasti dapat direalisasikan. Buktinya Web Impiana kongsi kan dengan anda laman kecil milik seorang tenaga pengajar dalam bidang lukisan kejuruteraan di salah sebuah kolej vokasional ini. Mohd Syukur Sahim bukan sahaja bijak memilih konsep dan penggunaan elemen-elemen landskap yang bersesuaian dengan iklim persekitaran malah mampu mewujudkan kehijauan pada ruangan sempit ini.

1. Laman yang telah diusahakan dan dibina sendiri oleh pemilik sejak dari tahun 2010 banyak menggunakan elemen-elemen kejur yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kayu, buluh dan bolder stone yang dikumpul atau diperoleh ketika melakukan aktiviti beriadah seperti di dalam hutan.

 
 
2.Penyusunan softscape mengikut hierarki memainkan peranan penting di samping mampu memaksimumkan ruangan ia juga akan tampak lebih kelihatan kemas dan tersusun.


3. Kreativiti pemilik terserlah dengan penggunaan kulit kayu dan keratan dari dahan pokok yang di jadikan sebagai pasu. Terdapat juga kayu hanyut yang di jadikan sebagai sculpture bagi menampilkan lagi keunikan kepada reka bentuk laman ini. Kayu hanyut mempunyai tekstur urat kayu yang jelas dapat menonjolkan nilai arkitektural tinggi, di samping bentuknya yang melengkung menyerlahkan lagi keistimewaan kehadirannya di laman ini.



4.Taman yang menarik ialah apabila terdapat elemen tambahan seperti bunyi desiran dan percikkan air dari water cascade. Selain menyamankan lagi suasana perkarangan laman yang sempit ini, ia juga mampu menyejukkan kawasan sekeliling.


 
5.Bagi mewujudkan ruang serba guna, pemilik telah meletakkan bangku yang diperbuat daripada kayu landasan kereta api terpakai yang turut menjadi focal point dalam reka bentuk laman ini.


6.Sudut kecil yang turut diberikan penataan yang menarik. Antaranya penggunaan container garden yang memang sesuai sebagai hiasan di atas meja atau almari.


7.Pemilik juga tidak lupa untuk membina laluan yang diperbuat daripada batuan dan stepping stone untuk mengelakkan dari rumput dipijak. Objektif pembinaan laluan ini ialah, ia dapat mempelbagaikan tekstur lantai laman di samping mewujudkan kemasan terhadap sesuatu reka bentuk.


8.Bagi tumbuhan berbunga, pemilik memilih pokok bunga kertas kerana sifat bunga tersebut berbunga sepanjang masa. Terdapat juga pokok orkid yang ditanam di dalam bekas kayu yang dibuat sendiri dan ada juga yang ditanam pada batang kayu dan dibiarkan menjalar.

No comments :

Post a Comment