Judul: Pendekar Tongkat Emas
Sutradara: Ifa Isfansyah
Lakonlayar: Mira Lesmana, Riri Riza
Produksi: Miles Films & KG Studio
Pelakon: Aria Kusumah, Eva Celia, Nicholas Saputra, Tara Basro, Reza Rahadian, Christine Hakim, Slamet Rahardjo, Prisia Nasution, Darius Sinathrya
Bila mendapatkan khabar bahawa nama-nama besar dunia perfileman Indonesia seperti Mira Lesmana, Riri Riza, Christine Hakim, Reza Rahadian serta Nicholas Saputra akan bergabung di dalam sebuah karya yang disutradara kan oleh Ifa Isfansyah, seorang sutradara yang sedang meningkat naik namanya saya menjadi teruja.
Jika diikutkan gandingan para pelakon, Pendekar Tongkat Emas mempunyai advantage yang begitu nyata dan jelas sekali. |
Apalagi filem yang menggabungkan mereka semua mempunyai jalan cerita yang unik dan sangat dekat dengan memori indah masa kecil saya, saya menjadi lebih teruja. Dengan itu telah saya meletakkan harapan yang besar untuk Pendekar Tongkat Emas (PTE).
Secara ringkas, PTE mengisahkan tentang kisah dunia persilatan yang tipikal iaitu pihak yang benar berseteru dengan yang batil.
Tapi plot keseluruhannya, PTE adalah sebuah filem yang kembali mengangkat tema dunia persilatan setelah sekian lama tidak hadir dan menghiasi filem-filem Indonesia.
Seperti yang telah dikatakan, expactation saya sangat tinggi untuk filem ini hanya kerana ia adalah hasil kreativiti salah seorang idola saya di dalam dunia perfileman Indonesia iaitu Mira Lesmana.
Aura penghayatan watak dan kualiti lakonan Christine Hakim begitu kental dan jelas kelihatan. She nailed it, to be short. |
Saya tidak kecewa dengan hasil yang dipersembahkan kepada saya di layar perak itu, tetapi saya kira masih ada ruang-ruang yang memerlukan penambahbaikan untuk menjadikan pengalaman menonton filem ini lebih mengujakan.
Ada beberapa highlights positif yang menarik dan bagus di dalam PTE dan saya akan cuba untuk menyenaraikannya.
Pertama, para pelakon yang sangat luar biasa bakatnya. Sebagai seorang pemerhati amatur dunia perfileman Indonesia, langkah filem ini untuk menampilkan barisan pelakon utama seperti Christine Hakim, Slamet Rahardjo, Nicholas Saputra dan Reza Rahadian adalah Unique Selling Point (USP) yang sangat bagus.
Dua hero dunia perfileman Indonesia akhirnya berseteru di dalam Pendekar Tongkat Emas sebagai Biru (Reza Rahadian) dan Elang (Nicholas Saputra)
|
Apalagi kalau barisan pelakon utama itu digandingkan dengan the rising star seperti Tara Basro, Eva Celia dan Aria Kusumah, pasti chemistri yang terjalin berhasil menjadi satu hidangan mata yang enak dan menarik untuk dilihat.
Tidak perlu saya komen banyak-banyak tentang kualiti hasil lakonan Nicholas, Reza dan juga Christine kerana semua pasti sudah tahu, mereka sangat konsisten dan sentiasa memberikan no less than the best.
Persembahan pelakon cilik Aria Kusumah menampilkan persembahan lakonan yang seharusnya dipuji. |
Namun apa yang menarik perhatian saya adalah pelakon cilik, Aria Kusumah yang memegang watak Angin.
Aria menurut saya begitu berkesan sekali lakonannya. Walaupun dialog yang diberikan kepadanya sangat sedikit (atau hampir tidak ada), tetapi lakonannya yang menggunakan body language, facial expression dan juga emosi cukup untuk mencuri perhatian saya.
Bagi Tara dan Eva pula, usaha dan lakonan mereka berdua seharusnya diberi pujian dan saya tahu mereka juga turut memberikan yang terbaik. Akan tetapi, pengalaman di depan kamera menceritakan sebaliknya. Mungkin jika mereka berdua diberi peluang yang lebih banyak lagi untuk beraksi di layar perak selepas ini, saya pasti mereka akan menjadi dua bintang yang bersinar terang di masa hadapan.
The rising star of dunia layar lebar Indonesia, Eva Celia dan Tara Basro masing-masing dipertanggungjawabkan untuk memerankan watak Dara dan Gerhana di dalam filem ini. |
Tahniah dan saya ucapkan kepada semua pelakon dan pendukung filem Pendekar Tongkat Emas . Malaysia bila pulak nak buat filem seperti atau setaraf Pendekar Tongkat Emas? Hurmmmmm.... Entah la labu...
No comments :
Post a Comment