Lala atau juga dikenali sebagai siput retak seribu di utara Malaysia, merupakan nama sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan.
Lala kebiasannya terdapat di tepi laut atau persisir pantai.Kebiasannya mereka yang mahir dan pakar sahaja yang mudah menjumpai lala. Mereka menggunakan sejenis alat untuk mengali lumpur yang berpasir di lokasi yang di kenal pasti ada lala. Lala bergantung kepada musim, jika sesuai musimnya banyaklah lala yang dapat di pungut.
Lala yang di kutip banyak bergantung kepada keadaan tanah di mana ia di jumpai. Kadang kala warnanya kuning cerah dan ada kala kelabu kegelapan, semuanya bergantung pada tanah.
Kulit lala adalah nipis dan agak lembut. Bentuk cengkerangnya leper dan corak kerannya pecah seribu. Saiznya pula antara 3 hingga 6 cm .
Lala akan cepat mati jika tidak di masukkan ke dalam air selepas di tuai. Lala sebaiknya terus di masak selepas di beli , kerana ianya tidak tahan lama. Sebelum di masak lala hendaklah di rendam di dalam air dahulu untuk mengeluarkan pasirnya.
Pelbagai macam resepi boleh di sediakan dengan lala yang pastinya semuanya enak dan lazat untuk seisi keluarga.
LALA MASAK PEDAS
1 kg lala
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai ~ di ketuk
4 batang cili padi ~ di belah 2
20 tangkai cili kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
1 labu bawang besar ~ di hiris
1 biji tomato ~ di potong baji
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 cawan jus asam jawa ~ ambil sedikit asam jawa campur air dan ramas, tapis ambil airnya sahaja
2 helai daun limau purut ~ di siat
2 pokok ketumbar ~ di mayang halus
garam dan gula secukup rasa
Bersihkan lala, rendam sebentar untuk menghilangkan pasirnya. Cuci semula dan toskan airnya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali
Tumiskan bahan yang di kisar hingga harum
Masukkan serai dan cili padi kacau rata
Masukkan bawang besar dan tomato
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tiram dan biarkan ia merenih
Jika kuah kering tambahkan air
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula kerana lauk ni sedap kalau manis-manis pedas sikit rasanya
Masukkan daun limau perut dan daun ketumbar.
Akhir sekali masukkan lala
Tutup kuali dan biarkan ia masak sebentar anggaran 5 minit
kacau rata dan biar merenih
Sedia di hidangkan.
No comments :
Post a Comment