Wednesday, 27 August 2014

Persoalan Telur Atau Ayam Terlebih Dahulu Wujud Akhirnya Terjawab

Pertikaian sama ada ayam atau telur yang wujud terlebih dahulu telah menjadi persoalan yang paling berfalsafah dan ilmiah kepada manusia sejak berabad-abad lamanya.


Sekalipun manusia cuba mencari jawapan, namun persoalan tersebut masih terus tergantung tanpa jawapan yang pasti.

Ada mengatakan telur dahulu yang wujud di dunia ini, dan ada pula memberikan jawapan sebaliknya. Tetapi, kebanyakan hujah yang diberikan hanya berlandaskan kepada logik akal semata-mata tanpa sebarang pembuktian ilmiah.

Sejak sekian lama ia telah menjadi satu teka-teki misteri kepada manusia, kini persoalan itu akhirnya terjawab apabila sekumpulan saintis dari Eropah yang diketuai oleh Dr Colin Freeman dikatakan telah berjaya mengungkai teka-teki berkenaan melalui pemerhatian saintifik.

Jawapan yang diberikan ialah, ayam terlebih dahulu wujud di dunia ini.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, para penyelidik itu mendapati, pembentukan kulit telur bergantung kepada satu protein yang hanya boleh ditemui pada indung telur ayam.

Protein yang dikenali sebagai Ovocledidin -17 (0C-17) itu berfungsi sebagai 'katalis' untuk mempercepatkan pembentukan kulit telur. Dalam erti kata lain, telur hanya boleh wujud jika berada di dalam ayam.

Secara biologinya, cangkerang keras kulit telur adalah penting untuk memelihara kestabilan telur kuning dan telur putih. Justeru, pengkaji-pengkaji dari University of Sheffield, United Kingdom telah melakukan pemerhatian mendalam bagi mencari jawapan bagaimana pembentukan kulit telur berlaku.

Dengan menggunakan komputer berteknologi tinggi, para penyelidik cuba untuk mellhat sendiri proses pembentukan kulit telur ayam secara semula jadi.

Melalui sistem komputer yang dikenali sebagai HECTOR, saintis mendapati kewujudan protein OC-17 adalah penting dalam memulakan 'kritalisasi' atau tahap awal penciptaan kulit telur.

Protein tersebut akan mengubah kakium karboThat menjadi Kristal kalsit yang membe.ntuk kulit telur. Sebagai perbandingan, Kristal kalsit ini juga sebenarnya wujud di dalam tulang dan tempurung, namun ianya terbentuk lebih cepat di dalam ayam.

Dalam setiap pusingan 24 jam, ayam mampu untuk menghasilkan enam gram kulit telur.

Menurut Dr. Colin, jika sebelum ini ada pihak yang menganggap kewujudan telur mendahului ayam, ternyata pembuktian saintifik telah memberikan jawapan sebaliknya. Melalui pemerhatian secara jeli, saintis dapat melihat sendiri bagaimana protein tersebut memainkan peranan penting dalam proses pembentukan kulit telur ayam.

Justeru, ia secara sahih telah memberikan jawapan bahawa telur tidak mungkin wujud dengan sendiri tanpa bantuan protein yang terdapat di dalam tubuh seekor ayam.

Menurut Dr. Colin lagi, dengan memahami cara seekor ayam membuat kulit telur, ia bukan sekadar untuk memberikan jawapan kepada teka-teki yang menjadi misteri selama ini, tetapi secara tidak langsung turut memberi petunjuk tentang suatu bahan baru kepada manusia.

Penemuan bersejarah itu telah diterbitkan dalam jurnal saintifik yang bertajuk 'Structural Control of Crystal Nuclei by an Eggshell Protein'.

Jika ayam dikatakan terlebih dahulu wujud daripada telur, maka dari mana pula ayam berasal?

Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan?

No comments :

Post a Comment