Assalamualaikum...
Masih dalam mood beraya ke?
Ada lagi ker yang buat open house raya??
Hujung minggu ni apa kata kita cuba resepi Bawal Sweet and Sour plak!!... =)
Ianya enak di sajikan ketika masih hangat.. di makan pula bersama nasi panas-panas.. pastilah menjilat jari di buatnya. Hidangan ni dah cukup lengkap dengan sayur-sayurannya sebagai sumber serat dan protin daripada ikan bawal. Tak payah lauk lain lagi dah.. Ianya sahaja dah cukup membuka selera.
Jom kita lihat bahan-bahan yang kita perlukan dan kaedah penyediaan hidangan yang mudah dan ringkas ini.
IKAN BAWAL SWEET AND SOUR
2 ekor ikan bawal sederhana besar. Siang ikan dan cuci bersih.
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit dan goreng terendam dengan minyak yang banyak hingga garing dan kuning keemasan.
Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan hidang.
Bahan Tumis
Sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang merah ~ ditumbuk atau kisar
3 ulas bawang putih ~ di tumbuk atau kisar
1 inc halia ~ di hiris nipis atau hiris memanjang besar lidi mancis
1 labu bawang besar ~ hiris nipis atau di dadu
6 batang cili padi ~ di ketuk atau belah dua
4 helai daun limau purut ~ buang batangnya dan siat-siat
Bahan Sos
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup rasa
Bahan Sayur
1 biji timun sederhana besar ~ di potong dadu
1 biji tomato ~ belah 6
1 batang lobak merah sederhana besar ~ potong dadu
sedikit nenas ~ di potong dadu, boleh juga guna nenas di dalam tin
Sedikit capsicum merah atau hijau ~ di potong dadu ( jika suka)
Sedikit bunga kobis ~ hiris ( jika suka)
Sedikit putik jagung ~ hiris ( jika suka)
Daun bawang ~ ambil bahagian bawangnya dan potong 2 ( bahagian daun di hiris untuk tabur kemudian nanti)
cili merah dan hijau untuk hiasan
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga harum
Tambahkan bawang besar dan daun limau purut
Bila dah naik harum, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Jika kuahnya pekat, boleh tambahkan sedikit air.
Masak hingga merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan sayur-sayuran yang telah di potong
Biarkan layur sebentar
Bila dah masak, bolehlah curahklan di atas ikan yang telah di letakkan atas pinggan hidang tadi
Hiaskan dengan cili merah dan hijau yang di hiris dan taburkan juga hirisan daun bawang
No comments :
Post a Comment