Wednesday, 26 February 2014

Anak Tidak Percaya Amy Mastura Seorang Artis

Penyanyi dan pelakon Amy Mastura mendedahkan kedua-dua anak perempuannya tidak percaya dia merupakan seorang selebriti.



Amy atau nama sebenarnya Amy Mastura Suhaimi, 43, berkata, anak-anaknya iaitu Adriana, 14 dan Adalia, 9, mentertawakannya apabila dia bercerita tentang penglibatannya dalam industri hiburan sejak awal 1990-an.

Friday, 21 February 2014

Cara Untuk Mengusir Atau Menghapuskan Semut Dalam Rumah

Musim panas ni musim semut keluar dari persembunyian ke? Sejak kebelakangan ni rumah saya banyak sangat semut. Kat dapur banyak semut, kat dalam bilik banyak semut, kat ruang tamu pun sama juga. Sampaikan pokok buah nona kat laman rumah saya pun kena serang dengan semut. Semua buah atas pokok tu dah jadi rezeki semut.

Kalau guna shieldtox atau ridsect ke, mau habis sebotol sehari kalau asyik sembur je. Kejap sembur semua mati, tapi tak sampai setengah jam geng semut yang lain pula datang menyerang. Hai la semut, manis sangat ke rumah saya ni?

Tips & Petua Menghapuskan Semut

Kerana tak tahan dengan kehadiran semut yang tanpa diundang, saya cubalah cari kat laman google, mana tau ada cara untuk mengusir atau menghapuskan semut itu. Dalam istilah lain, membunuh semut tu. Dan hasilnya, saya jumpa beberapa tips ni.

Friday, 14 February 2014

Sekali pandang lain macam


Sejarah penciptaan kamera bermula jauh lebih lama sebelum masyarakat barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. 

Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental.Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Tuesday, 11 February 2014

Nabil Gagal MLM 2013 Kerana Kontroversi?

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad tetap bersyukur walaupun hanya mendapat tempat kelima dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) dan menafikan dakwaan kegagalannya dalam pertandingan itu kerana kontroversinya mengaibkan juri tetap rancangan itu, Luna Maya.


"Saya sudah memberikan terbaik kepada penonton pada pertandingan akhir itu dan ia tiada kena mengenai dengan kontroversi saya dan Luna kerana ia sudah pun selesai secara baik.

Thursday, 6 February 2014

KISAH EMPAT NABI DAN KEBERADAAN HAYAT MEREKA


 Mereka adalah golongan yang dikhususkan oleh Allah SWT. Dua Nabi masih ada dibumi yaitu Nabi Khidir A.S. dan Nabi Ilyas A.S. Ditempatkan di bahagian bumi yang khusus. Hanya Allah Yang Maha Tahu mengetahui tempat itu.

Dua lagi Nabi ada di langit... yaitu Nabi Isa A.S. dan Nabi Idris A.S. Ditempatkan di bahagian langit yang khusus. Hanya Allah Yang Maha Tahu mengetahui tempat itu.

Tentu ramai yang pernah mendengar tentang hal ini. Ramai juga yang memang teringin nak tahu sedikit sebanyak hal ini tapi tak berapa rajin nak mencari maklumatnya. Maka, dikutiplah oleh saya daripada beberapa tempat dan sumber... tentang empat Nabi Allah ini.

Sebelum itu, rasanya... adalah elok disentuh sedikit dan dijelaskan lima peringkat hayat @ hayah (yakni kehidupan).

Satu pandangan Bediuzzaman Said Nursi di dalam Maktubat, Al- Maktub Al-Awwal, dari koleksi Rasail Al-Nur. Nursi menjawab satu soalan… Apakah Sayyidina Khidir masih hidup..? Nursi menjawab ya…karena 'Hayah' itu 5 peringkat. Nabi Khidir A.s di peringkat kedua.

Sunday, 2 February 2014

Permulaan jin dihalang dari mencuri berita langit


Terdapat suatu riwayat yang mengemukakan bahawa Rasulullah S.a.w tidak pernah membacakan kepada jin Al-Quran dan tidak pernah melihat mereka. Ketika Rasulullah S.a.w bersama rombongan sahabat menuju ke Pasar Ukkazh, setibanya baginda di Tuhamah, Rasulullah S.a.w dan rombongan berhenti untuk mendirikan sembahyang Subuh.


Perkara ini menyebabkan berita-berita langit yang dicuri oleh syaitan terhalang, malahan mereka mendapat lemparan bintang-bintang sehingga terpaksa pulang kepada kaumnya. Setibanya ia di tempat kaumnya, syaitan itu pun ditanya, "Apa yang terjadi sehingga kalian kembali?" Mereka menjawab, "Kami terhalang untuk mendapatkan berita dari langit. Bahkan kami dikejar oleh bintang-bintang." Kaumnya berkata, "Kita tidak mungkin terhalang dari berita langit. Tentu ada sebabnya. Bertebaran lah kalian ke Timur dan Barat dan carilah sebab kepada penghalangan ini."