Makna jin dari segi bahasa
Dari segi bahasa Alquran, kata jin terambil dari akar kata yang terdiri dari tiga huruf: jim, nun, nun. Menurut pakar-pakar bahasa, semua kata yang terdiri dari rangkaian ketiga huruf ini mengandung maknaketersembunyian atauketertutupan. Kata janna dalam Alquran surah Al-An’am ayat 76 bererti menutup. Kebun yang lebat pepohonannya sehingga menutup pandangan dinamai jannah. Syurga juga dinamai jannah kerana hingga kini ia masih tersembunyi, tidak dapat dilihat oleh mata. Manusia yang tertutup akalnya (gila) dinamaimajnuun, sedangkan bayi yang masih dalam perut ibu kerana ketertutupannya oleh perut dinamai janin. Al-junnah adalah perisai kerana dia menutupi seseorang dari gangguan orang lain, baik fizik mahupun non-fizik.
Orang-orang munafik menjadikan sumpah mereka sebagai junnah demikian Alquran surah Al-Munafiqun ayat 3, yakni menjadikannya sebagai penutup kesalahan agar mereka terhindar dari kecaman atau hukuman. Kalbu manusia dinamai janaan kerana ia dan isi hati tertutup dari pandangan dan pengetahuan. Kerana itu pula roh dinamai janaan. Kubur, orang mati, kafan semuanya dapat dilukiskan dengan kata janaan kerana ketertutupan dan ketersembunyian yang selalu berkaitan dengannya.