Thursday 13 November 2014

7 Sebab Mengapa Zakar Menegang


Zakar tegang, keras dan bertenaga merupakan isyarat utama bagi seorang suami sebelum memulakan hubungan dengan si isteri. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan zakar menjadi tegang.

Antaranya adalah:

 

1. Zakar menjadi tegang disebabkan memakan ubat kuat. 

Ubat kuat biasanya akan membangkitkan gelora nafsu anda.Namun, anda haruslah berhati-hati dalam memilihnya. Jika tidak, anda mungkin berisiko mati pucuk. Dapatkan nasihat doktor atau pihak yang bertauliah sebelum membeli ubat-ubatan.

2. Disebabkan pengaruh hormon.

Ianya dikeluarkan oleh buli-buli jantina ke dalam darah dan membuatkan zakar tegang dan keras,Hormon-hormon akan bergerak ke otak, seluruh anggota badan dan tulang belakang. Kemudiannya, zakar akan hidup dan tegang secara tiba-tiba sehinggalah anda berkeinginan untuk melakukan persetubuhan.

3. Akibat kepanasan.

Biasanya setelah anda meminum atau memakan dari jenis rempah-ratus seperti lada hitam, kayu manis, bawang dan halia.Rempah-ratus tersebut akan hancur di dalam darah. Kemudian, ia mempengaruhi otak, sum-sum tulang belakang dan akhirnya selaput pundi kencing. Hal ini juga menyebabkan rasa panas pada selaput lendir.Rasa panas pada saluran kencing tadi seterusnya membuatkan zakar menjadi tegang.

4. Isi perut kembang.

Makanan seperti keju, telur dan sayur-sayuran apabila dimakan boleh mengembangkan kisaran makanan dan usus.Seterusnya, ia boleh mendatangkan ketegangan pada saraf jantina sehinggalah zakar menjadi tegang.

5. Pundi kencing penuh.

Apabila pundi-pundi kencing ni penuh dan berisi air, zakar akan menjadi tegang. Hal ini biasanya terjadi sewaktu bangun pagi. Malah, kanak-kanak pun turut mengalaminya.

6. Gelora nafsu di dalam otak.

Zakar juga mudah tegang apabila timbulnya gelora nafsu dalam otak. Gelora nafsu ni timbul akibat pengambilan minuman beralkohol.Namun anda harus ingat bahawa alkohol dan arak memang akan menguatkan nafsu. Tapi kekuatannya sesungguhnya yang terindah hanyalah sementara. Pada akhirnya nanti, kekuatan tenaga batin itu akan lenyap sama sekali.

7. Bersentuh anggota jantina.

Ini kerana, bahagian hadapan zakar (kulit kepala zakar) terdiri daripada rangkaian urat halus dan kuat serta terasa geli.Pada bahagian hujungnya pula terdapat anggota-anggota khas yang dinamakan saraf kelazatan.

Mudah-mudahan perkongsian ini sikit sebanyak meningkatkan pengetahuan serta menambahkan kesedaran terutamanya buat kaum lelaki tentang alat sulit anda.

No comments :

Post a Comment