Tony Curtis

Pelakon legenda Tony Curtis, yang menghiasi skrin sejak tahun 1950-an, meninggal dunia pada usia 85 tahun. Tony meninggal kerana serangan jantung di rumahnya di Vegas pada tarikh 29 September 2010. Berita sedih itu disahkan kepada media oleh anak perempuannya, pelakon Jamie Lee Curtis. Selama perjalanan karier yang panjang, Tony membintangi lebih dari 150 filem, berjuang melawan ketagihan dadah, berkahwin enam kali, dan ayah kepada enam anak. Foto kredit : Independent.co.uk

