Friday, 3 October 2014

Awas Mati Pucuk!!!!

© Absolute Misdemeanor™®

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.Iajuga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens'”‘ dalam istilah perubatan.

Isi kandungan 

  • 1 Punca 
  • 2 Diagnosis / kaedah mengesan 
  • 2.1 Ujian klinikal bagi mengesan ED 
  • 3 Rawatan 
  • 4 Rujukan 


Punca

Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.

Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi. Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.


Diagnosis / kaedah mengesan

Setakat ini tiada cara yang formal untuk mengesan penyakit ini. Beberapa ujian darah adalah secara amnya dijalankan untuk mengasingkan penyakitkan lain seperti diabetis, hypogonalism prolactinoma.Penyakit ini juga dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, amalan pemakanan yang tidak seimbang, obesiti dan penyakit kardivaskular seperti penyakit alteri koronari, dan penyakit ‘peripheral vascular’.

Kaedah yang berkesan untuk membezakan pesakit mengalami ED secara organik atau psikologi ialah mengetahui samaada pesakit pernah mengalami ereksi atau tidak.


Ujian klinikal bagi mengesan ED

Ereksi zakar sewaktu tidur (Nocturnal Penile Tumescene – NPT)
Untuk lelaki normal, mereka akan mengalami ereksi sebanyak 3 – 6 kali sewaktu tidur pada waktu malam, terutamanya semasa ‘pergerakan pantas mata’ atau ‘Rapid eye movement sleep’ (REM). Jika ini tidak berlaku ia mungkin disebabkan oleh kerosakan urat saraf atau saliran darah ke dalam zakar.Iaboleh diketahui dengan menggunakan peralatan seperti : 
  • Test Bands @ Snap Gauge 

Kertas atau filem yang diletakkan pada zakar sebelum tidur,apabila terjaga keesokkan paginya, lihat samaada kertas atau filem tadi terlah teputus/koyak atau tidak,jika ya maka ereksi telah berlaku semasa tidur,jika tidak peseakit mungkin mengalami masalah ED 
  • RigiScanTM 

Sejenis alat yang perlu dipasang sebelum tidur pada zakar,sewaktu tidur, ia akan merakamkan aktiviti zakar seperti bilangan ereksi dan kekenyalan zakar. 
  • Nocturnal Electrobioimpedance Volume Assement (NEVA)TM 

Alat yang berfungsi berasaskan prinsip rintangan bio-elektrik.Ia dapat merekodkan aktiviti zakar sewaktu tidur seperti bilangan ereksi, jumlah darah yang keluar atau masuk ke dalam zakar,keratan rentas zakar dan panjang zakar.

Ultrasound duahala (Duplex ultrasound)
Funsgi Saraf Zakar (Penile Nerve Function)
Angiogram Zakar (Penile Angigram)
Biothesiometri Zakar (Penile Biothesiometry)


Rawatan

Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Rawatan (dengan pengecualian tambahan testosterone, apabila berkesan) bertindak hanya sementara: ia membolehkan penegangan dicapai dan dikekalkan cukup lama untuk bersenggama, tetapi tidak menyembuhkan keadaan sebenar. Terdapat pelbagai rawatan sedia ada:[4] 
Rawatan Oral 3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia memerlukan sekitar 20 minute hingga 1 jam sebelum seks dan tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam. 
Alprostadil Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus – biasanya sebelum bersenggama.
Pam hampagas zakar Ia bertindak dengan menarik darah kedalam zakar menyebabkan zakar mendapat ereksi dan padat digunakan sebelum bersenggama.
Rawatan hormon Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masaalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masaaalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor. 
Pembedahan Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan kedalam zakar.
Khidmat nasihat Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan fikiran. 

Lebih drastik lagi, menanam zakar buatan boleh ditegangkan atau kaku melalui pembedahan. Penanaman biasanya tidak boleh diundur dan mahal.

Kesemua kaedah mekanikal diatas berasaskan prinsip mudah hidrolik dan mekanikal dan boleh diharapkan, tetapi mempunyai kelemahan tersendiri.

Dalam beberapa kes terdapat masaalah vaskular yang boleh dirawat melalui pembedahan.

Alternatif

© Absolute Misdemeanor™®

No comments :

Post a Comment