The New York Times, mendedahkan adanya aktiviti Badan Keselamatan Nasional Amerika (NSA) yang mengumpulkan potongan foto dan rakaman video pengguna internet dunia dari kiriman foto pada email, media sosial, dan video conference.
Dalam dokumen rahsia yang diperolehi New York Times dari bekas pekerja NSA, Edrward Snowden, menyatakan bahawa aktiviti ini dilakukan NSA untuk Pengenalan Wajah (Facial Recognition).
Setiap harinya Badan Keselamatan Nasional AS ini mengumpulkan sekitar 55 ribu foto dan gambar serta video dari rangkaian internet.
Selain itu Snowden juga menjelaskan bahawa selain dapat mengenali wajah, program ini juga dapat menganalisa data tulisan teks dan komunikasi suara.
Menurut dokumen yang di curi Snowden, NSA telah cuba untuk mendapatkan di pintu masuk ke data base kad identiti nasional bagi penduduk Pakistan, Arab Saudi dan Iran.
Perlu diketahui bahawa Jabatan Luar Negeri AS bekerja sama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang di Amerika Syarikat ketika ini telah menggunakan lesen foto pemandu dan rangkaian sosial seperti Facebook untuk tujuan Pengenalan Wajah.
[Era Muslim / New York Times]
p/s: Teringat saya pada satu hadits yang maksudnya;
"Dan di antara fitnah (Ad-Dajjal) juga adalah, dia akan berkata kepada seorang Arab, "Fikirkanlah olehmu, sekiranya aku dapat membangkitkan ayah dan ibumu yang telah mati, apakah kamu akan bersaksi bahawa aku adalah Rabb-mu?"
Laki-laki Arab tersebut menjawab, "Iya." Kemudian muncullah syaitan yang menjelma di hadapannya dalam bentuk ayah dan ibunya, maka keduanya berkata, "Wahai anakku, ikutilah dia (Ad-Dajjal), sesungguhnya dia adalah Rabb-mu." [HR Ibnu Majah – 4067 - Shahih]
Laki-laki Arab tersebut menjawab, "Iya." Kemudian muncullah syaitan yang menjelma di hadapannya dalam bentuk ayah dan ibunya, maka keduanya berkata, "Wahai anakku, ikutilah dia (Ad-Dajjal), sesungguhnya dia adalah Rabb-mu." [HR Ibnu Majah – 4067 - Shahih]
Selain daripada kemungkinan Dajjal menggunakan khidmat syaitan dari kalangan Jin untuk melakukan penyamaran, dengan banyaknya data-data dan gambar dari kita yang telah dimasukkan ke dalam internet, tambah lagi yang digodam secara senyap, maka tidak mustahil nanti ia dapat diguna untuk mencipta klon kita. Ditambah pula dengan teknologi Facial Recognition yang dapat meniru muka manusia hampir sama. Boleh dibuat topeng yang saling tak tumpah seperti yang ditiru. Atau pun boleh juga digunakan teknologi Cetakan 3D untuk mencetak manusia klon yang baru.
Maka bayangkan lah, jika suatu masa nanti anak-anak anda ditanya oleh Dajjal, "adakah kamu mahu melihat dan berjumpa dengan ibubapa kamu?" Jika dijawab "ya", maka Dajjal mungkin boleh mencipta manusia klon dengan mengambil data-data anda dari pengkalan data mereka.
Atau mungkin juga Dajjal akan menggunakan teknologi Hologram? Seperti persembahan Hologram Micheal Jackson dalam Billboard Music Award baru-baru ini? Banyak kemungkinan dengan teknologi-teknologi yang ada sekarang, apatah lagi yang akan datang.
Ini hanyalah kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku. Saya tidak memaksa anda untuk mempercayainya. Hadits di atas masih ada kiasan yang kita tidak tahu. Wallahu a'lam. :-)
No comments :
Post a Comment