Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kita dapat lihat hari demi hari, perangai dan tingkah-laku masyarakat kita (termasuk kita sendiri) semakin buas dan kasar. Penggunaan bahasa kesat semakin menjadi-jadi dalam Internet. Sumpah-seranah sudah menjadi mainan lidah di merata tempat. Bangsa Melayu yang dulunya terkenal dengan adab sopan dan tata-susila, kini rasanya agak janggal untuk dilabelkan sedemikian.
Kenapa berubah begitu drastik sekali? Antara sebabnya ialah kerana semakin terabainya ilmu Sifat Hati / akhlaq / Tasawwuf / Ehsan.
"Ketahuilah bahawa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila ianya baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila ianya buruk, maka akan buruklah semuanya, ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati." [HR al-Bukhari dan Muslim]
Imam al-Ghazali rahimahullah menyebut, "Ilmu yang terpenting yang disia-siakan oleh semua orang ialah ilmu Sifat Hati, yang terpuji dan yang tercela daripadanya. Kerana tidak ada manusia yang terlepas dari sifat yang tercela seperti tamak-haloba, dengki, riya', takabbur dan sebagainya.
Semuanya itu membinasakan. Mensia-siakan kewajipan tadi serta mementingkan amalan lahiriah, samalah halnya dengan melakukan perbuatan menggosok badan zahir ketika menderita penyakit kudis dan bisul tetapi lupa mengeluarkan benda penyakit dari tubuh dengan bekam dan cuci perut.
Ulama kosong, menunjukkan jalan kepada amal lahiriah, seperti tabib-tabib di jalanan, menunjukkan jalan dengan menggosok badan lahiriah.
Ulama akhirat tidak menunjukkan jalan selain dengan menyucikan bathin, mencabut benda-benda jahat yang merosakkan tanaman dan akar-akarnya dari hati.
Sesungguhnya hati apabila kosong dari sifat yang tercela, maka penuhlah ia dengan sifat yang terpuji. Dan bumi, apabila telah bersih dari rumput, maka tumbuhlah padanya bermacam-macam tumbuhan dan bunga-bungaan." [1]
Syeikh Abu Thalib Al-Makki dalam kitab Quut al-Qulub menyebutkan bahawa Nafsu diuji dengan empat sifat yang berbeza-beza. [2]
Imam al-Ghazali r.a menambah lagi tentang sifat-sifat manusia dalam kitab Kimiya As-Sa'adah. "Sebahagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan. Sebahagian pula bersifat Iblis dan sebahagian pula bersifat Malaikat. Anda hendaklah tahu sifat yang mana perlu ada, dan yang tidak perlu. Jika anda tidak tahu, maka tidaklah anda tahu di mana letaknya kebahagiaan anda itu.
Kerja binatang ialah makan, tidur dan berkelahi. Jika anda hendak jadi binatang, buatlah itu sahaja. Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia, pandai menipu dan berpura-pura. Kalau anda hendak menurut mereka itu, buatlah sebagaimana kerja-kerja mereka itu. Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan Ilahi. Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan. Jika anda ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan, maka berusahalah menuju asal anda itu agar dapat anda mengenali dan memikirkan Allah Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu. [3]
Nabi S.a.w bersabda, "Ada empat jenis hati; Hati yang bersih, dimana di dalamnya ada lentera yang bersinar, itulah hati orang yang beriman; Hati kelam yang terbalik, itulah hati orang kafir; Hati terbungkus yang terikat bungkusannya, itulah hati orang munafik;Hati yang bercampur aduk, di dalamnya terdapat keimanan dan kemunafikan." [HR Ahmad dan ath-Thabrani]
Hati orang-orang yang benar-benar beriman sepertimana firman Allah S.w.t yang bermaksud, "(Iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah maka bergetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yangmenafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka." [Surah al-Hajj : ayat 35]
Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah pula telah membahagikan hati kepada 3, iaitu Hati Sihat, Hati Mati dan Hati Sakit. [4]
Langkah-langkah mendidik hati kita
Bagi kita yang biasa online dalam dunia internet, seharusnya menjaga akhlaq dan tata-susila hubungan kita. Sila lah baca tajuk Belajar lah untuk senyum, walaupun dalam internet.
Musuh dalaman hati kita ialah hawa nafsu dan syaitan dari golongan jin. Sila baca Lawan hawa nafsu adalah permulaan ibadah. Lagi pun , Jalan ke syurga tidak disukai oleh hawa nafsu.
Jangan lupa juga membaca Rotan hatimu dengan nasihat Yahya bin Mu’adz.
Hati kita perlu dididik agar sentiasa memaafkan orang lain, jika tidak ia akan semakin mengeras, menyimpan dendam, makin menyerabutkan kepala dan menyusahkan rohani dan jasmani kita sendiri.
Adalah tidak wajar untuk menunggu sehingga anda tua baru mahu menjadi baik. Semakin tua semakin keras hati. Jika di waktu muda pun hati sudah keras, ditakuti di hari tua ia semakin keras. Apabila ia sudah terlalu keras, maka sangat payah untuk berubah ke arah kebaikan, wal 'iyaadzu billah.
Sentiasalah semak dan kemaskini, Bagaimana kedudukan kita di sisi Allah?
Jangan lupa juga membaca Rotan hatimu dengan nasihat Yahya bin Mu’adz.
Hati kita perlu dididik agar sentiasa memaafkan orang lain, jika tidak ia akan semakin mengeras, menyimpan dendam, makin menyerabutkan kepala dan menyusahkan rohani dan jasmani kita sendiri.
Adalah tidak wajar untuk menunggu sehingga anda tua baru mahu menjadi baik. Semakin tua semakin keras hati. Jika di waktu muda pun hati sudah keras, ditakuti di hari tua ia semakin keras. Apabila ia sudah terlalu keras, maka sangat payah untuk berubah ke arah kebaikan, wal 'iyaadzu billah.
Sentiasalah semak dan kemaskini, Bagaimana kedudukan kita di sisi Allah?
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu." [HR Muslim]
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami (kepada kesesatan) sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." [Surah Aali Imran : ayat 8]
Wallahu a'lam ....... :-)
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
Wallahu a'lam ....... :-)
Rujukan:
1 - Imam al-Ghazali - Ihya Ulumuddin, Kitab Ilmu.
2 - Syeikh Abu Thalib Al-Makki - Quut al-Qulub, Pasal 25.
3 - Imam al-Ghazali - Kimiya as-Sa'adah.
4 - Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah - Ighatsatul Lahfan min Mashayidisy Syaithan, bab 1.
No comments :
Post a Comment