Kerana Judi Piala Dunia, Mahasiswa Cina ini Bunuh Diri
26/6/2014 - China memang cukup terkenal dengan judinya. Ditambah lagi dengan musim piala dunia seperti sekarang ini. Judi semakin marak digeluti masyarakat Cina. Malangnya, kesan buruk dari permainan haram ini tidak jarang berakhir dengan taruhan nyawa.Menurut laporan media China, seorang mahasiswa di negara ini nekad melompat bunuh diri setelah kehilangan lebih dari 3,000 dolar dalam perjudian di Piala Dunia, media kerajaan melaporkan pada Selasa (24/6/2014).
Mahasiswa tingkat dua, yang dikenal pasti dengan nama keluarganya Lin, melompat dari tingkat tujuh sebuah bangunan di kampusnya.
Lin dilarikan ke rumah sakit di Panyu di wilayah selatan Guangdong, tetapi doktor tidak dapat menolongnya, kata surat khabar itu.
Rakan sekelas Lin mengatakan bahawa judi telah merugikan Lin sebanyak USD $3,200 dalam pertaruhan pada beberapa perlawanan Piala Dunia.
"Kami mendengar bahawa dia meminjam cukup banyak wang dan kadar faedah cukup tinggi dari sebuah bank," kata teman Lin.
China mempunyai berjuta-juta peminat bola sepak, hingga membuat perniagaan judi semakin ghairah di tengah semaraknya piala dunia 2014 di Brazil. [Islam Pos / Emirate 24-7]
Wanita keguguran gara-gara Piala Dunia
20/6/2014 - Gawat juga kesan Piala Dunia 2014 Brazil. Setelah sebelumnya ditemui seorang pemuda meninggal akibat terlalu sering berjaga akibat menyaksikan perlawanan Piala Dunia, kini seorang perempuan bernama Xiaolan disahkan keguguran akibat kejadian yang hampir sama.Begini ceritanya, perempuan 26 tahun itu mengalami rasa sakit pada daerah perut sewaktu dia menyaksikan perlawanan Jerman melawan Portugal pada Selasa (16/6/2014) pagi waktu tempatan. Meskipun sudah mendapat rawatan tenaga perubatan, namun janin berusia dua bulan di dalam perut Xiaolan tidak dapat diselamatkan.
Hasil pemeriksaan doktor menunjukkan, Xiaolin keguguran kerana kurang berehat. Dia memang berjaga selama empat hari berturut-turut. Di China tayangan langsung bola sepak berlangsung dari tengah malam hingga pagi hari.
Perlawanan Piala Dunia 2014 berlangsung pada waktu tengah malam, sekitar pukul 03.00 dan 06.00 waktu Beijing. [MetroTV News / Chongqing Evening News]
Gara-gara Piala Dunia, rumah tangga terancam
18/6/2014 - Hampir 47 peratus rumah tangga di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mungkin runtuh atau berakhir dengan perceraian kerana gara-gara kejohanan bola sepak Piala Dunia.
"Sehingga 47 peratus keluarga terdedah kepada perkelahian dan perdebatan sengit yang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga kerana keputusan perlawanan Piala Dunia."
“Suami, isteri, bapa, ibu dan anak perlu menyedari tindakan mereka ketika menonton perlawanan Piala Dunia dan bersorak untuk pasukan kegemaran. Kesannya mungkin amat teruk,” kata Ketua Majlis Runding Keluarga Khalifa Mohammad Al Muharrazy.
Beliau berkata, kadang-kala keputusan perlawanan boleh mencetuskan perkelahian antara suami isteri dan mungkin berakhir dengan sengketa yang tidak boleh didamaikan atau perceraian.
Mati akibat tonton perlawanan Piala Dunia tanpa rehat
18/6/2014 - Dua peminat bola sepak mati disyaki kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia tanpa rehat.
Menurut laporan media tempatan, mayat seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui mati di depan komputernya Sabtu lalu di bandar Suzhou, di wilayah Jiangsu, China. selepas perlawanan Chile dan Australia.
Seorang lagi bekas pemain bola sepak juga ditemui mati di Shenyang Sabtu lalu. Hasil pemeriksaan menunjukkan dia mati kerana kurang tidur.
Bagaimanapun, menurut laporan lain, dia mungkin mati kerana serangan jantung selepas menyaksikan Sepanyol tumpas 1-5 kepada Belanda. [Harian Metro / AFP]
Insya Allah akan diupdate jika ada tragedi terbaru .......
No comments :
Post a Comment